SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

15 June 2010

PERJUMPAAN DENGAN PEMANDU TEKSI DAERAH SIK

Posted by Detguaq2 at 5:13 AM

Tiada masaalah bagi saya untuk mendampingi siapa sahaja mereka yang terdiri dari rakyat Sik.  Sebutlah siapa sahaja mereka, apa sahaja kerjaya mereka baik dari kalangan anak yatim, ibu harapan, orang kurang upaya, golongan veteran, peniaga, usahawan, peladang, petani mahupun tentera.  Terbaru saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pemandu Teksi Daerah Sik yang sudi meluangkan masa untuk berjumpa dengan saya.  Tempat  pertemuan cukup istimewa, kerana sebagai tempat menyebarkan maklumat, Pejabat Penerangan adalah tempat yang paling sesuai lagi kena pada tempatnya sebagai medium pertemuan.





Dalam pertemuan suasana penuh mesra serta terbuka pelabagai pandangan dan pendapat dapat di cerna serta di serap.  Tentunya banyak perkara berbangkit dapat di ketahui dan dapat di kutip sebagai pengkalan data untuk di gunakan sebagai maklumat berguna.  Malah ada satu kes yang agak mengejutkan saya sebagai seorang pemimpin masyarakat tempatan.  Rupanya masih ada pemandu yang telah lanjut usianya dengan pelbagai penyakit kronik.  Saya benar-benar musykil bagaimana pemandu denga nusia yang telah lanjut masih di benarkan oleh undang-undang untuk menjadi pemandu.  Apabila di tanya nyata jawapan dari beliau lebih membingungkan saya mengenai tahap kebijaksanaan pegawai-pegawai yang di amanahkan oleh kerajaan di jabatan-jabatan tertentu.   Atau mungkin juga kes ini di tahap 'terlepas pandang'?  Allahua'laam.  Bagaimana seorang warga emas masih terpaksa mencari sara hidup dengan membawa teksi walaupun berpenyakit kencing manis dan jantung terpaksa meneruskan kerjayanya bila permohonannya untuk mendapatkan bantuan  bulanan tetap dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kabur tak berjawap.  Namun selepas perkara ini di dedahkan kepada saya, Alhamdulillah, satu jawapan positif dari pihak JKM berjaya membangkitkan seri wajah warga emas berkenaan.

0 comments on "PERJUMPAAN DENGAN PEMANDU TEKSI DAERAH SIK"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez