SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

04 June 2010

KUNJUNGAN KASIH BERSAMA TKSU KPWKM

Posted by onesik at 2:45 PM
Pada 02/06/2010 yang lalu, saya menerima lawatan mengejut oleh Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato'  Saripudin Kasim  yang turut di iringi oleh Pengarah JKM Negeri Kedah Haji Zulkifli Ramli.

TKSU JKM, Dato' Saripudin Kasim sedia menunggu ketibaan
saya di Pejabat JKM Daerah Sik.  Bukan terlambat, tetapi
pada awalnya saya berada di Pejabat Penerangan yang hanya 
terletak di sebelah pejabat JKM.
Musim buah kayu tempatan, anggur juga sudah jadi buah tempatan,
tetapi hanya di Sik manakala durian dari Kampung Betong sudah berdekad
di kenali kerana keenakan buah durian deli.

Bergambar kenangan dengan TKSU, Pengarah JKM Negeri,
Pegawai JKM Daerah dan Pembantu Khas ADUN Belantek.
Che Wa Idris yang uzur dan lumpuh turut di beri bantuan tunai
dan sebelum ini nenek ini telah menerima bantuan kerusi roda untuk memudahkan
pergerakan beliau.

Encik Chong Kok Ming yang mengalami kemalangan
langgar lari menerima bantuan tunai untuk membantu
beliau membeli ubat-ubatan beliau dan anak beliau
yang turut mengalami kecederaan(berdiri di sebelah beliau).
Rumah Puan Maznah Mat Isa ini sudah reput tiang-tiangnya di makan anai-anai..
Puan Maznah adalah Ibu Harapan setelah kematian suami beberapa
bulan yang lepas.
***********************************************************************************
Gambar-gambar sekitar 02/06/2010

Makan tengahari bersama-sama pegawa-pegawai dari agensi di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

sempat meninjau kemudahan ICT di Pejabat Penerangan
Daerah Sik
Bersama dengan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Sik En. Rashidi
melihat gambar-gambar kenangan semasa PRU12.
En. Nasri dari JKM sedang membantu En
















Sekali pandang nampak kukuh, sekali guruh, semangatpun luluh...

0 comments on "KUNJUNGAN KASIH BERSAMA TKSU KPWKM"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez