Ketika membuat kunjungan ke kampung Selamat saya bertemu dengan seorang anak muda yang berusia di awal duapuluhan. Beliau begitu gigih dengan kerjaya yang beliau ceburi. Beliau begitu 'asyik' dengan kerja. Nyata kerja itu memberi kepuasan di hati beliau sesuai dengan kemahiran beliau. Sikap beliau wajar di ikut dan di tauladani. Bengkel mengecat kereta beliau yang beliau kongsi dengan abang beliau yang mahir dalam pembaikan enjin dan kelengkapan kereta tidak pernah kekeringan pelanggan, malah sehingga beliau terpaksa menjadualkan kerja-kerja beliau. Walaupun kerja ini agak 'belemoih', tetapi dari segi pulangan amatlah memuaskan kerana kerja ini memerlukan sedikit sentuhan seni dan kesabaran serta ketelitian. Arman Armin patut di banggakan!
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Anak Muda Ini Wajar di Contohi"
Post a Comment