Pada sebelah petang, saya berpeluang melawat satu projek pertanian bernilai tinggi yang baru sahaja di peringkat ALIF yang di jangkakan akan merubah lanskap pertanian Sik dalam sedikit masa lagi. Lawatan ini amatlah menarik, baik dari segi nilai tani mahupun nilai niaga kerana PERTANIAN ITU SATU PERNIAGAAN.
Dengan harga menarik hasil dari lada hitam, ianya di jangka menarik minat peladang dan pekebun tradisi untuk meneroka potensi lada hitam yang juga terkenal dengan jolokan permata hitam(Black Diamond) kerana harganya yang tinggi berbanding lain-lain produk pertanian. AYUH RAKYAT SIK!!! BANGUNLAH DAN JADILAH SIK SEBAGAI DAERAH PERTANIAN UTAMA MALAYSIA!
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
3 comments on "Sik Bakal Menjadi Pembekal Lada Hitam Organik Malaysia"
Assalamualaikum,
Mungkin boleh dikembangkan ke kawasan2 lain terutamanya tanah terbiar jika bersesuaian. Lebih manis jika dibuat secara bersistematik dari A sampai Z dan melibatkan penduduk2 sik yang berminat utk mengusahakan tanah mereka.
harap2 kebayakkan tanah di Sik sesuai utk tanaman ini.
erm....sesuai atau tidak tanaman ini dilakukan secara hobi bagi mengisi isi tanah yg kosong di sekeliling rumah yg mempunyai keluasan tanah yg kecil. dan kalau sesuai bagaimana cara untuk menanam dan menjaga serta cara menjual hasil ini. mgkn YB bole cuba mengadakan kursus singkat sebagai permulaan. Atau buat kempen 1 rumah 1-10 pokok lada hitam. mgkn dengan cara ini dapat mempercepatkan impian untuk SIK menjadi pengeluar lada hitam terbesar di kedah mahupun semenanjung.
Sebenarnya di kampung2 memang ada yang menanam lada hitam tetapi sekadar untuk tujuan perubatan dan sesetengahnya sekadar mencuba seperti juga pokok kurma dan anggur.
Kesedaran dari segi EKONOMI memang amat perlu dan tidak salah jika menggunakan pendekatan Dato' Dr. Wan Azmi dalam menangani permasalahan EKONOMI di Daerah Sik. Model beliau boleh ditiru atau diambil.
Post a Comment