Saya ke Kg Radek untuk meraikan sepasang jemaah haji yang akan berangkat besok ke Mekah dari lapangan Antarabangsa Pulau Pinang. Mereka yang saya maksudkan ialah Cikgu Rahim dan Kak Azmah. Mereka menganggap inilah rezeki yang paling istimewa yang Allah anugerahkan kepada mereka apabila dapat insyaAllah menunaikan haji bersama-sama di Mekah pada musim kali ini.
22:27 "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Saya sempat berpesan kepada Abg Rahim untuk mendoakan kesejahteraan dan keamanan Malaysia selama-lamanya, dan juga supaya Allah sentiasa melindungi bumi bertuah ini dari malapetaka dan kekacauan serta di limpahkan kesenangan terhadap seluruh rakyat Malaysia.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Meraikan Bakal Jemaah Haji"
Post a Comment