Atas maklumat bahawa salah satu jalan mini tar di sana juga telah terputus, saya terus ke Kampung Paya Terendam untuk meninjau sendiri kejadian berkenaan da nseterusnya akan cuba mengatasi masaalah agar penduduk kembali selesa dalam menjalani kehidupan mereka. Saya ke rumah setiausaha JKKKP kampung Paya Terendam untuk mendapatkan gambaran awal.
Jalan yang terputus ini ialah dari Kampung Charok Poyak ke Kampung Tanah Hitam, Paya Terendam. Ternyata ianya juga adalah di sebabkan kegagalan struktur tanah akibat arus alur yang deras ketika hujan lebat. Saya amat bersimpati dengan kesukaran penduduk-penduduk terbabit dalam kegiatan harian mereka dan sedaya upaya, saya akan cuba membantu menyelesaikan masaalah mereka secepat mungkin dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
KEDAH PAS UNDER SEIGE
11 years ago
0 comments on "Lagi jalan kampung Terputus:Kampung Paya Terendam"
Post a Comment