Pertemuan Rakan Dalam Talian Akan Diperluas
Utusan Online
Utusan Online
NAJIB Tun Razak bergambar bersama rakan-rakan Internetnya di Facebook dan Twitter selepas Majlis Jamuan Minum Petang Perdana Menteri Bersama Rakan-rakan Dalam Talian dan sesi dialog bersama rakan dalam talian di kediamannya di Seri Perdana, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 20 Feb. - Selepas mencatatkan kehadiran yang membanggakan dalam dua penganjuran majlis Jamuan Minum Petang Perdana Menteri Bersama Rakan-rakan Dalam Talian di sini, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat untuk memperluaskan pertemuan itu ke seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, usaha tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan rakan-rakan dalam talian beliau yang berada di seluruh negara mengambil peluang bertemu dengannya pada majlis seperti itu.
Beliau berkata, ia juga selaras dengan usaha terbarunya untuk meraikan semua rakan-rakan dalam talian melalui program Mari Berjumpa, Mari Berhubung.
"Adalah tidak praktikal pada saya untuk jemput semua ke Putrajaya atau Kuala Lumpur, tetapi saya akan cuba untuk menganjurkan majlis bagi bertemu dengan rakan-rakan dalam talian saya semasa lawatan ke negeri-negeri.
"Ia mungkin dalam bentuk perjumpaan singkat di lapangan terbang negeri semasa saya tiba atau sebelum pulang ke Putrajaya, dan juga melalui pertemuan kecil di dewan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jamuan Minum Petang Perdana Menteri Bersama Rakan-rakan Dalam Talian di Seri Perdana di sini, hari ini.
Lebih 600 rakan dalam talian beliau hadir di majlis jamuan kali kedua itu dan pada pertemuan kali pertama Mac tahun lalu, ia dihadiri lebih 300 orang.
Setakat ini, beliau mempunyai 560,000 rakan dalam laman sosial, Facebook dan lebih 80,000 orang menjadi rakan twitter.
Najib memberitahu, sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan, beliau telah membuat banyak perkara baru dan kreatif dalam usaha mendekatkan dirinya dengan rakyat, termasuklah golongan muda.
Malah, beliau menambah, kerajaan tidak akan menggunakan cara yang konvensional kerana golongan muda sudah berubah dalam berhubung dengan pemimpin mereka.
"Ia penting bagi saya kerana dunia sudah berubah dan masyarakat Malaysia juga berubah dari segi gaya hidup dan cara berkomunikasi.
"Dengan itu, sebagai pemimpin, saya tidak boleh membiarkan ia berlalu dan perlu menjadi sebahagian daripadanya kerana ia akan membolehkan saya mencari lebih ramai rakan di kalangan rakyat," katanya.

**
Walaupun berita ini saya CnP agak terlewat selama beberapa hari, tetapi saya ingin menarik perhatian pelawat bahawa tidak dapat di nafikan bahawa platform facebook kini menjadi antara platform sosial yang sangat berkesan dalam berkongsi apa sahaja maklumat.
Saya sendiri walau di pandang sinis oleh mereka yang tidak faham keberkesanan facebook kerana aktif berfacebook terutamanya dengan rakyat di kawasan saya di mana tidak dapat saya nafikan kebekersanannya sehinggakan jemputan untuk berdialog, aduan, serta rintihan tidak terkecuali. Malah ada juga mereka yang menggunakan facebook untuk mengundang saya ke rumah samada untuk bertahlil atau perkahwinan. Ramai juga yang menghantar butiran diri untuk menyemak daftar pemiih mereka dan juga untuk mendaftar sebagai pemilih baru. JADI SIAP KATA FACEBOOK TIDAK BERMANFAAT, tinggal lagi bagaimana kita mengurus diri dan masa, itu yang penting.
0 comments on "FACEBOOK KINI MENJADI PENTING."
Post a Comment