SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

17 March 2011

Melawat Tempat Kejadian Banjir Kilat dan melawat Mangsa di Kubang Yooi

Posted by onesikone at 1:00 AM


Setelah tamat mesyuarat dengan pegawai-pegawai KEDA Zon 4 petang tadi, sebaik selepas Maghrib saya bergegas keKubang Yooi apabila di maklumkan bahawa beberapa buah rumah telah di tenggelami air yang sebak dari Sungai Senam.


Saya bersama pegawai khas ADUN Belantek, Ustaz Bakri tiba di tempat kejadian ketika hari telahpun gelap.  Kami terus pergi untuk berjumpa dengan mangsa untuk bertanya khabar serta mendapatkan maklumat.  Ketika sedang berurusan dengan tuan rumah yang menjadi mangsa banjir, tiba-tiba satu kejadian yang agak mencemaskan serta menimbulkan kekalutan telah berlaku dengan tiba-tiba.  Kereta yang di berhentikan berhampiran rumah mangsa tiba-tiba mengelungsur dan menjunam ke arah air yang sedang bertakung.  Atas tindakan pantas orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian membolehkan kereta Ustaz Bakri di selamatkan dari mengalami kerosakan yang lebih teruk sekiranya tindakan lambat di ambil.

Segala tindakan nampaknya telah di atur oleh Allah untuk memperlihatkan seolah-olah inanya satu kebetulan apabila sebaik kejadian berlaku tiba sebuah pacuan 4 roda(terima kasih kepada Md Noor bin Abdul Ghani) dan dengan segera pemiliknya berhenti untuk memberi pertolongan.  dan dalam kekalutan itu jugalah 'nylon belt' menghadir diri untuk bersama-sama dalam misi menyelamat kereta pegawai khas ADUN belantek tersebut.  Akhirnya kereta berkenaan dapat di bawa ke daratan.



Kemudiannya saya terus menghubungi pihak-pihak tertentu seperti polis, JKR dan lain-lain agensi setempat untuk memaklumkan kejadian dan bertujuan untuk menyelaraskan misi.  Saya memohon pihak JKR untuk memasang isyarat di kedua-dua sisi jalan bagi mengelakkan kenderaan kecil melalui jalan yang sedang di naiki air serta berarus deras itu.  Salah seorang penduduk disitu, iaitu Encik Zaki bin Ahmad juga berharap pihak TNB memasang tiang berlampu di tepi jalan di tempat kejadian kerana ia membolehkan pandangan menjadi lebih jelas sekiranya jalan berkenaan di landa oleh arus air yang deras.  Penduduk juga mahukan pihak JPS menggantikan saluran yang merintangi jalan dengan samada 'culvert' yang lebih besar atau di bina jambatan serta di perluaskan alur di bawah jambatan berkenaan agar air dapat melintasinya tanpa menyebabkan sebak ke atas jalan.


Zulkifli Zainol Abidin(pemilik motorsikal) yang mahu pulang ke Kubang Lintah 
rupanya terpaksa terlebih dahulu ber'kubang' di Kubang Yooi.

Ketika sedang menghantar maklumat melalui SMS kepada beberapa pihak tiba-tiba satu lagi kejadian yang amat mencemaskan, malah lebih cemas dari kejadian pertama tadi bilamana sebuah motorsikal yang cuba mengharungi arus ganas air yang merintangi jalanraya tiba-tiba di asak ke arah yang sejajar dengan arus deras.  Secara spontan beberapa orang yang berada di tempat berkenaan terus berlari ke tempat motorsikal dan tuannya yang hanyut untuk menyelamatkan mangsa dan motorsikalnya.  Kejadian itu sememangnya mendebarkan saya dan orang ramai yang berada di situ, Alhamdulillah setelah 'berperang' dengan arus yang cukup ganas itu, akhirnya motorsikal yang hanyut itu dapat di selamatkan kedaratan dan penunggangnya juga selamat tanpa mengalami kecederaan.  Saya cuma daapt membayangkan sekiranya motorsikal tadi terbalik akibat arus dan penunggangnya tersembam kejalan yang padu lalu pengsan serta tiada siapa pula di tempat kejadian...tentunya kita tahu apa kesudahannya mengikut kelaziman.



Setelah saya menghubungi semua pihak yang bertanggungjawab, saya juga menyerahkan bungkusan makanan untuk mangsa-mangsa mengalas perut.  Dan setelah mangsa-mangsa memuktamadkan keputusan untuk terus menunggu air surut sambil berlindung sementara dirumah-rumah jiran, barulah saya bersama rombongan dan ustaz Bakri meninggalkan tempat berkenaan.  Namun kereta ustaz Bakri terpaksa di tinggalkan di situ untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. Alhamdulillah.....






0 comments on "Melawat Tempat Kejadian Banjir Kilat dan melawat Mangsa di Kubang Yooi"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez