SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

14 March 2011

Merasmikan Tapak Takungan Air Masyarakat di Perangin Hujan Lebat.

Posted by onesikone at 10:31 PM

Sebaik merasmikan program khatan beramai-ramai dan selepas beramah mesra semasa tengahari bersama waris mereka, saya terus kerumah kenduri di Kampung berhampiran dan singga hjuga untuk kunjung kasih ke rumah seorang veteran di hadapan rumah kenduri yang saya maksudkan untuk bertanya khabar mengenai kesihatan beliau.  Kemudiannya barulah saya menuju ke Kampung Landai/Melaka untuk bertemu dengan penduduk-penduduk di sana.  Sampai di rumah Bang Man(Lahman bin Che To), Pengerusi JKKKP Kampung Landai/Melakabeberapa orang telah menunggu untuk bersama-sama rombongan saya ke tempat di mana saya akan merasmikan tapak takungan air berkenaan.

Sebenarnya saya tidak di beritahu langsung akan kedudukan tapak takungan berkenaan, tetapi melihatkan keadaan kenderaan yang akan membawa saya ke tapak berkenaan, saya sudah menduga bahaw perjalanan saya ke tempat berkenaan bukanlah mudah.  Perjalanan 'off-road' menggunakan pacuan 4 roda dengan di iringi oleh mototrsikal yang telah di ubahsuai agar bersesuian dengan tempat yang bakal di tujui menjanjikan sesuatu yang mendebarkan!

Jom!  Tanpa ,membuang masa kami menuju ketempat tersebut dengan memasuki satu jalan mini tar berhampiran rumah Bang Man.Jalan mini tar berkenaan berakhir setelah 2km dan di sambung dengan jalan berbatu dalam 1km sebelum jalan tanah merah berbatu menjadi permukaan jalan yang berbaki dalam lingkungan 2km lagi.  Walaupun 2km, tetapi cabaran yang kami serta kenderaan terima adalah cukup mendebarkan.  Kenderaan pacuan 4 roda saya terpaksa di tinggalkan di separuh perjalanan kerana tayarnya tidak mampu untuk mencengkam jalan yang licin serta berlumpur dek kerana hujan turun pada sebelah paginya.

Kami sambung perja;anan yang berbaki dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya, kerana permukaan jalan yang licin sehingga satu ketika, saya turut curiga samada boleh samapai atau[un tidak ke tempat yang di tujui, namun berkat kecekapan USOP, pemandu yang cukup mahir dengan se;lok-belok jalan berkenaan kerana sering berulang-alik menghantar bahan-bahan binaan serta turut sama menjadi tukang sukarela akhirnya kami sampai ke destinasi kami.  ALHAMDULILLAH!  Akhirnya masing-masing menguntum senyum tanda kepuasan ketika ngauman enjin senyap setelah suisnya di matikan dan hanya kedengaran deruman air terjun yang mewakili suara alam yang mendamaikan......





Cukup mengharukan kerana inisiatif yang mereka ambil untuk membina takungan air yang sebenarnya telahpun di mulakan dengan siapnya ikatan bata yang telah membentuk takungan. hanya tionggal untuk di lepa dengan bahan kalis air dan simen lepa.  HEBATnya mereka kerana bukan sahaja sanggup menggembleng tenaga, malah sanggup mengumupl dana sendiri terlebih dahulu dan kerja-kerja kini adalah di peringkat akhir iaitu untuk menyambung paip baru dari tangki yang sedang dalam pembinaan ke paip lama yang kini selalu bocor(kecuali paip bekalan ke rumah).  Dan dalam pertemuan secara 'ad-hoc' ini mereka telah memohon bantuan 'poli paip' berukuran 4" dan 3" sebagai penyambung bekalan.  InsyaAllah, saya akan berusaha membantu mereka untuk mendapatkan poli paip berkenaan melalui beberapa saluran bagi mempercepatkan kerja-kerja mereka.  TAHNIAH sekali lagi orang-orang Kampung Landai/Melaka!!!

Banyak lagi gambar-gambar boleh di lihat di SINI.

0 comments on "Merasmikan Tapak Takungan Air Masyarakat di Perangin Hujan Lebat."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez