SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

01 March 2011

Merasmikan Mesyuarat Pakatan Air Masyarakat kampung Charok Sireh

Posted by Det Guaq9 at 7:58 PM
Hari ini, 28/02/2011 saya telah di beri peluang untuk merasmikan satu mesyuarat kecil di dalam kampung yang berkaitan dengan bekalan air masyarakat.  Di Sik, sumber air semulajadi yang mengalir diatas permukaan bumi melalui sungai-sungai yang berdekatan dengan bukit-bukau dan gunang-ganang kerap di jadikan sumber air minuman oleh penduduk-penduduk.  bagi menyalurkan secara bersistematik, jika dulu sambungan dari buluh di gunakan untuk menyalurkan keruma-rumah, tetapi dengan perkembangan teknologi pembuatan, dari buluh, mereka menggunakan 'galvanised coated iron pipe' atau paip GI pada tahun-tahun awal kemerdekaan dan kemudiannya pada pertengahan 80an kebanyakannya bertukar kepada paip dari jenis PVC, tetapi paip dari jenis ini mudah rosak dan reput di mamah cuaca ektrims khatulistiwa dan bertukar pula kepada paip ABS, namun kerana tidak juga sesuai dan amat kurang di pasaran, kini masyarakat telag menggunapakai paip poly atau 'polypropylene pipes' sebagai medium untuk menyalurkan air ke rumah.  kalau dahulu ketika rumah-rumah agak jarang dalam kampung, sambungan secara individu banyak di lakukan, tetapi apabila kampung-kampung telah menjadi sedikit padat akibat pertambahan penduduk, maka timbullah ilham untuk membina satu sistem saluran secara berkelompok dan di buat dalam bentuk pakatan untuk berkongsi kos selain menjimatkan belanja membeli, kerana belian dalam bentuk pukal lebih menjimatkan.

Dan pada hari ini, untuk tahun kedua, penduduk-penduduk kampung Charok Sireh, tanpa mengira ideologi politik telah mengadakan pertemuan untuk bermesyuarat bagi memantapkan pengurusan air bekalan mereka.  lalu saya di jemput untuk merasmi serta mendengar serta menyelesaikan  sedikit permintaan mereka dalam bentuk bantuan paip poli sepanjang lebih dari 1000meter.  Sya cukup kagum dengan cara pengurusan oleh pakatan yang mereka ujudkan demi untuk mendapatkan bekalan air kerumah-rumah.  Cuma satu nasihat dari saya agar mereka memasaka ir yang di tadah terlebih dahulu untuk mengelakkan diri dari terminum air yang di cemari dengan leptospirosis atau wwabak kencingtikus yang cukup cepat membunuh.  Tahniah kepada Pengerusi dan barisan AJK yang begitu cemerlang dalam menguruskan pakatan mereka.













0 comments on "Merasmikan Mesyuarat Pakatan Air Masyarakat kampung Charok Sireh"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez