SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

20 July 2010

Lawatan Kerja oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Posted by detguaq3 at 12:22 PM
19/07/2010


Pada tarikh 19hb Julai 2010, satu lawatan kerja ke Daerah Sik telah dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, YB Datuk Seri Noh Omar.  Ketibaan beliau dari lawatan sebelumnya ke Parlimen Jerai di iringi oleh ADUN Belantek merangkap Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Mohd Tajudin Abdullah dengan di sambut oleh hampir 1000 orang rakyat Sik dari pelbagai lapisan dan kerjaya.





































Dari BERNAMA:

20 Julai, 2010 10:24 AM
Petani Digalak Usaha Ladang Kontrak Elak Ditipu Pembekal Benih
SIK, 20 Julai (Bernama) -- Petani di negara ini digalak mengusahakan projek pertanian mereka melalui ladang kontrak dengan ladang-ladang yang berjaya dan mempunyai pasaran tetap bagi mengelak ditipu syarikat pembekal benih yang berjanji mahu memasarkan produk pertanian mereka.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata ramai petani yang dipedayakan syarikat tertentu yang menjual benih tanaman dan berjanji untuk membeli hasil tananam mereka tetapi menghilangkan diri setelah hasil pertanian boleh dituai.

Beliau berkata ramai petani yang terlibat dalam projek tananam serai dan ubi kayu bagi membuat minyak hitam menanggung kerugian besar setelah syarikat yang membekalkan benih dan berjanji untuk membeli hasil pertanian menghilangkan diri.

"Saya galakkan petani menerima konsep ladang kontrak daripada menjadi mangsa syarikat yang hanya mahu mencari keuntungan segera seperti menjual benih kepada petani dengan membuat janji akan membeli balik hasil pertanian apabila sudah matang tetapi menghilangkan diri apabila hasil pertanian sudah boleh dijual," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat ladang anggur syarikat Excel Agrotech Sdn Bhd fasa pertama seluas 1.6 hektar di Tasik Beris di sini petang Isnin, beliau berkata kerajaan sentiasa mencari jalan memastikan golongan petani tidak menjadi mangsa syarikat yang mencari keuntungan segera dengan membuat janji palsu untuk membantu golongan itu.

Ladang fasa pertama ditanam dengan anggur jenis White Malaga dan Black Grape sementara di ladang fasa kedua di Kampung Sungai Senam di sini seluas lebih 12 hektar ditanam dengan anggur jenis Black Opal, Black Queen dan Loose Palite.

Terdapat 14 ribu pokok di kedua-dua ladang itu dengan setiap pokok mampu menghasilkan lima hingga tujuh kilogram buah anggur bagi setiap musim dipetik dua kali setahun.

Selain menjual buah anggur segar di kawasan ladang, syarikat itu juga turut memproses buah anggur untuk dijadikan jus, teh anggur, alat solek wanita, sabun mandi dan kek perasa anggur.

Sementara itu, Noh mencadangkan petani di kawasan Sik menjadi rakan ladang kontrak kepada Excel Agrotech jika mereka mempunyai kawasan tanah yang sesuai ditanam dengan anggur.

Beliau turut memberi jaminan pihak Tekun dan Agrobank akan memberi bantuan dan projek yang dijalankan akan dipantau Jabatan Pertanian.

-- BERNAMA

************************************************************************************

Lagi gambar-gambar sekitar majlis.




















0 comments on "Lawatan Kerja oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez