SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

27 September 2011

Kemalangan di Kampung Bukit Tupai

Posted by Det Guaq at 12:19 AM
26/09/2011 - Seorang Meninggal, Satu Parah Dua Cedera Ringan.

Saya menerima panggilan pada pukul 12.45 tengahari mengenai satu kemalangan yang berlaku di Kampung Bukit Tupai, Mukim Teloi dan terus kesana untuk memberi bantuan sekadar terdaya.  Ketika tiba orangramai masih lagi berlegar ditempat kejadian, mungkin untuk mengetahui keadaan terkini mangsa-mangsa kemalangan.

Saya terus menuju kerumah yang terbabit dengan insiden tersebut untuk berjumpa dengan tuan rumah bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan kejadian dan anggaran kerosakan terhadap sebahagian dari rumah yang didiami.




Menurut maklumat yang saya perolehi kejadian berpunca apabila sebuah lori yang membawa muatan 'quarry dust' hilang kawalan ketika menuruni jalan yang agak curam dan berbelok sehingga melanggar belakang sebuah pikap yang hendak memasuki simpang sebelum terbabas dan bertembung pula dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan sehingga mengakibatkan pemadnu kereta berkenaan meninggal ditempat kejadian akibat cederaparah dikepala. Mangsa yang meninggal bernama Abdul Rahman Jusoh dan berusia dalam lingkungan 57tahun. Alhamdulillah, isterinya Puan Sarimah Mawin terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.  Begitu juga dengan Encik Lim Ee Win, 52 tahun pemandu pikap turut terselamat walaupun tercedera dikepala.



Manakala pemandu lori pula belum dapat dikenali pasti identitinya dan kini sedang mendapat rawatan di ICU Hospital Daerah Sik.



 Hati saya diterpa rasa hiba secara tiba-tiba apabila 
terlihat bungkusan plastik berisi ikan serta sayur-sayuran yang
belum sempat dimasak dan masih lagi segar.  Mungkin mangsa
baru pulang dari pasar dan sedang dalam perjalanan pulang kerumah.

Tuan rumah yang menjadi mangsa akibat rumahnya turut rosak
akibat dirempuh oleh lori yang terbabas sedang menerima sumbangan
segera manakala hal-hal lain seperti pembaikan rumah beliau yang rosak
telah saya usahakan melalui Unit Penyelarasan Persekutuan.

Labih banyak gambar dalam facebook saya.

0 comments on "Kemalangan di Kampung Bukit Tupai"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez