SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

02 September 2011

Program Kasih Lebaran Bersama Isteri-isteri Tersisih di Plaza Jerai, Gurun.

Posted by Det Guaq at 1:36 AM
27/08/2011.










 Program ini adalah anjuran Puteri UMNO Sik dengan kerjasama UMNO Bahagian Sik. Ianya bertujuan untuk meraikan insan-insan kurang bernasib baik.  Kali ini Puteri UMNO Sik memilih segmen isteri-isteri yang disishkan suami atas pelbagai sebab.  Empat kes berbeza telah dikenalpasti, iaitu yang pertama ialah seorang isteri yang cacat penglihatan akibat dari serangan kuman terhadap saraf mata yang juga sehingga menyebabkan lumpuh, isteri malang ini setelah tidak lagi dapat menguruskan diri telah ditinggalkan oleh suami beliau yang kini tinggal bersama ayah dan ibu kandung beliau di FELDA Teloi Timur(FTT).  Anak-anak seramai 3 orang termasuk seorang yang lumpuh juga kini dibawah tanggungan ayah dan ibu beliau.







 Sementara itu seorang lagi isteri yang turut disisihkan suami akibat sakit buah pinggang yang agak kronik.  Namun sebelah dari buah pinggang beliau kini telah dibuang dan diganti dengan buah pinggang ibu beliau.


 Manakala seorang ibu muda turut disisihkan suami beliau kerana tidak mahukan anak yang kini sedang dalam kandungan.  Namun menurut Islam, walaupun suami beliau telah melafazkan talak, tetapi ia hanya akan 'jatuh' setelah ibu berkenaan selamat melahirkan kandungan beliau.  Beliau memaklumkan bahawa menurut doktor setelah melakukan imbasan anak yang beliau kandungi adalah lelaki.






 Sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen pihak media, saya turut menyumbangkan sedikit tanda hati sebagai sumbangan Hari Raya.



0 comments on "Program Kasih Lebaran Bersama Isteri-isteri Tersisih di Plaza Jerai, Gurun."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez