02 April, 2011 21:04 PM
3,226 Anggota PKR Pulau Pinang Serah Borang Keluar Parti Kepada PM
Najib (kiri) menerima borang keluar PKR dari M.Nyanasegaran. Foto: K.GanesonGEORGE TOWN, 2 April (Bernama ) -- Seramai 3,226 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India Sabtu mengisytiharkan keluar parti berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan pucuk pimpinan parti.
Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang M. Nyanasegaran menyerahkan borang keluar parti itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (Pisa) di sini.
Nyanasegaran yang juga Naib Pengerusi PKR cabang Bayan Baru dalam ucapannya berkata kesemua mereka yang keluar parti itu terdiri daripada anggota PKR kawasan Bayan Baru, Batu Maung, Permatang Damar Laut, Sungai Ara, Bukit Jambul, Sungai Nibong, Sungai Dua, Bayan Lepas, Air Itam, Paya Terubong, Farlim, Relau, Tanjong, Weld Quay, Gelugor, Jelutong, Penanti, Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Permatang Pauh dan Perai.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kumpulan itu, Perdana Menteri dalam ucapannya berkata rakyat Malaysia telah cerdik dan terpelajar serta tidak mudah ditipu.
"Mereka mungkin boleh ditipu sekali, dua kali tetapi bukan selama-lamanya. Sebab itulah PKR digelar parti keluar beramai-ramai," katanya.
Najib berkata berdasarkan pilihan raya kecil yang dimenangi BN sebelum ini, menunjukkan kaum India telah kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
"Saya harap kaum India di Pulau Pinang ikut trend nasional dan kembali ke pangkuan BN," katanya.
-- BERNAMA
0 comments on "AHLI PKR SERTAI BARISAN NASIONAL"
Post a Comment