SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

22 April 2011

Ayahnda Saya Juga Dah Tak Ghok.

Posted by Det Guaq9 at 1:13 PM

Sebenarnya sebaik selesai melayani rakyat yang berkunjung ke Pejabat ADUN(rutin petang Khamis), saya bercadang hendak melawat seorang penduduk yang baru sahaja di potong kakinya akibat diabetes di Kampung Baru Kura, Jeneri.  Tetapi saya terpaksa berpatah balik ke Kemelong apabila adik saya menalipon memberitahu yang ayahnda saya tidak sihat.  Seharian dia hanya duduk menyembam kebantal kerana athma dan tidak mahu menjamah makanan.


Kebimbangan mula menerpa dan mengetuk kalbu saya yang ketika itu sudah di pertengahan jalan lalu berpatah balik ke Kampung Kemelong untuk melihat keadaan beliau.  Memang benar apa yang di beritahu oleh adik saya.  Ketika sampai ke rumah ayah sedang duduk di atas katil di luar sambil menundukkan separuh badannya sambil bernafas dalam kepayahan.  Cukup payah bagi saya yang hanya mampu melihat.  Tentunya berat lagi bagi dia yang menanggung sendiri.  Situasi ini menyebabkan ibunda saya serta adik lelaki saya tidak berenggang jauh dari ayah.

 Ketika menghampiri katil beliau, dia hanya memanggung sedikit kepala untuk melihat kelibat saya dan kemudiannya kembali membongkok seolah-olah dalam posisi sujud. Apabila telah duduk menghadap beliau saya menyapa beliau dan mengusap tubuh geringnya.  Hanya tinggal kulit yang membaluti tulang temulangnya. Mungkin di sebakan selera makannya amat berkurangan menyebabkan tubuhnya menyusut sedemikian rupa.


 Selepas menyapa dan mengusap serta memujuknya beberapa kali akhirnya air glukos berperisa rasberry yang saya suakan mahu juga di hirup walaupn hanya seteguk.  Dan secobek agar-agar separuh sudu teh mahu juga di telannya. Itu sahaja.....dia kembali ke posisi yang dia selesa itu sambil meminta agar dia tidak di paksa ujntuk duduk menegak lagi.
Alhamdulillah, emak masih sihat untuk mengurus ayah.  Emak tidak mahu pembantu rumah walau saya pernah ajukan cadangan untuk mengambil pembantu ruah untuk menguruskan ayah.  Emak kata dia masih mampu dan kebetulan pula adik lelaki saya tinggal serumah bersama isteri serta anaknya yang kecil. Jadi mereka masih boleh meninjau secara rapat situasi ayah.  Cuma bila keadaannya agak berlainan dari hari-hari biasa sahaja saya akan di maklumkan.  InsyaAllah saya akan sentiasa memantau keadaannya walau kesibukan sentiasa memburu dan merobek masa. sehingga bagi saya tiada istilah 'masa senggang' buat saya pada ketika ini.

Saya berada di rumah sehingga selesai sembahyang maghrib sebelum bertolak ke Kampung Baru Kura.

0 comments on "Ayahnda Saya Juga Dah Tak Ghok."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez