Pagi ini telah di adakan gotong-roypng oleh penduduk-penduduk Kampung Namek Tua di tanah Perkuburan Islam Kampung Namek Tua. Sebenarnya Kampung Namek Tua telahpun mendapat sebuah banguna surau baru beberapa tahun yang lepas bagi menggantikan surau lama yang terlalu uzur(separuh kayu) yang terletak di dalam kawasan perkuburan.
Oleh kerana kawasan kosong perkuburan semakin mengecil maka pihak jawatankuasa Surau kampung Namek Tua dengan nasihat beberapa orang Alim Ulama telah bertindak selepas bermesyuarat untuk membuka (assembling) bahagian banguna yang di perbuat dari kayu untuk di guna semula bahagian berkenaan sebagai bahan untuk membina sebuah setor berhmapiran banguna surau baru. Manakala tapak surau lama akan di bersihkan bagi membolehkan ruang berkenaan dapat di manfaatkan sebagai lot-lot kubur untuk kegunaan kepada masyarakat dalam Kampung Namek Tua sekiranya berlaku kematian dan perlu di kebumikan di situ.
0 comments on "Gotong Royong di Kampung Namek Tua"
Post a Comment