Saya menerima jemputan dari Abang Ad(Saad), Pengerusi JKKKP kampung Kuala Ruman untuk ke rumah beliau pada malam selepas pertandingan boling jemputan. Walaupun terasa sedikit letih, namun atas jemputan yang cukup bersungguh-sungguh dari Abang Ad, maka saya penuhi jemputan itu kerana masa yang di beritahu oleh beliau ada sedikit ruang untuk saya mengumpul kembali tenaga yang saya 'boling' kan petang tadi.
Ketika sampai kerumah beliau, dia begitu sibuk menerangkan kepada AJK-AJKnya mengenai pekeliling terbaru yang di edarkan oleh ICU mengenai beberapa perkara berkaitan pembangunan kampung mereka. Sebaik tiba, saya di minta menyambung hebahan berkenaan di samping beberapa perkara lagi yang berbangkit. Jadi sebenarnya ia adalah mesyuarat khas JKKKP Kampung Kuala Ruman yang sememangnya begitu aktif dalam menguruskan kampung mereka dengan penuh tanggungjawab. Lebih mengharukan malam itu juga saya di beri penghormatan untuk menyampaikan senfiri elaun mesyuarat kepada setiap AJK yang hadir bermesyuarat sepanjang tahun 2010. JKKKP Kampung Kuala Ruman adalah antara JKKKP yang bermesyuarat penuh sepanjang tahun 2010.
Semuga tahun ini lebih banyak kalaupun tak semua JKKKP yang ada di dalam Parlimen Sik ini sering-sering mengadakan mesyuarat JKKKP dan sebaik-baiknya mereka mengadakan mesyuarat sebulan sekali secara tetap dan tersusun bagi membincanglan apa saja perkara berkaitan kampung masing-masing bagi membantu Kerajaan Persekutuan yang telah merancang garis panduan untuk memajukan negara ini.
Inilah kali pertama sepanjang pengetahuan saya Pengerusi JKKKP membuat satu agenda khas khusus untuk menyerahkan elaun mesyuarat kepada AJK JKKKPnya dan saya amat terharu dengan penghargaan yang di berikan oleh seluruh AJK JKKKP Kampung Kuala Ruman. Sesungguhnya ketelusan yang di tunjukkan oleh Abang Ad serta barisan AJK JKKKP Kampung Kuala Ruman akan tersemat abadi di kalbu saya.
Sememangnya AJK JKKKP Kampung Kuala Ruman dan Pengerusinya yang sentiasa aktif dalam menggerakkan aktiviti dan menguruskan kampung mereka ada dalam pengetahuan saya. Malah seperti juga dengan kampung-kampung lain dalam Parlimen Sik ini saya sentiasa mengambil tahu tiap perkembangan mereka atas tanggungjawab saya yang saya pikul selama ini. Beberapa kejayaan yang di capai oleh kampung Kuala Ruman bukan lagi menjadi satu yang menghairan. Baik dalam bidang kemajuan kampung, kehebatan peladang/pekebunnya malah sukan anak-anak muda mereka adalah ramuan yang mantap terhadap kejayaan mereka.
Saya yakin amalan secara telus ini amat baik di amalkan oleh seluruh JKKKP bukan sahaja di Sik, malah seluruh JKKKP yang ada di negara kita ini sebagai membalas budi kepada tangan yang memberi.
Dan bagi saya adalah setimpal apa yang mereka lakukan dengan apa yang mereka nikmati hasil dari usaha hebat mereka terhadap tanah tercinta mereka ini. TAHNIAH dari lubuk hati saya yang ikhlas ini. Sekali lagi saya cukup terharu!
0
comments on "Penyerahan elaun AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung(Persekutuan) Kampung Kuala Ruman."
TERLETAK DI KAMPUNG KUALA BERIS, MUKIM JENERI SIK KEDAH
PROJEK KELI BERKEPALA BESAR
ONESIK TV
MAJLIS BERBUKA BERSAMA TENTERA
SLKPS 1
SLKPS 2
SEKAPUR SIREH
BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK MEMBERI PERKHABARAN TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI DAN PROGRAM-PROGRAM DISEPANJANG SAYA BERTUGAS ATAS KEPERCAYAAN RAKYAT DAN AHLI-AHLI PARTI BARISAN NASIONAL TERUTAMANYA DIPARLIMEN SIK DAN MALAYSIA AMNYA
0 comments on "Penyerahan elaun AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung(Persekutuan) Kampung Kuala Ruman."
Post a Comment