Penduduk Sarawak digesa tidak terperdaya dengan janji pembangkang kerana ia bukan jaminan akan dilaksanakan berbanding dengan manifesto Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pembangkang, dia buat janji, bukan jaminan, tapi BN manifesto kita ini merupakan usaha yang sedang berjalan, buktinya NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita dilaksanakan dan kita beri keutamaan dari segi pembangunan prasarana,"

Menurut beliau, parti pembangkang menerusi manifestonya iaitu "Jom Ubah Sarawak" pada pilihan raya negeri
Sarawak dilihat lebih bersifat sekadar menjual janji.

Perdana Menteri berkata sebaliknya usaha-usaha pembangunan prasarana yang sedang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sarawak ketika ini bukanlah disebabkan berlangsungnya pilihan raya itu tetapi telah dilaksanakan sejak tahun lepas lagi.

"Pembangkang, dia buat janji, bukan jaminan, tapi Barisan Nasional manifesto kita ini merupakan usaha yang sedang berjalan, buktinya NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) kita dilaksanakan dan kita beri keutamaan dari segi pembangunan prasarana," katanya selepas merasmikan
KompleksPemasaran Setempat Taman Industri Automatif Pekan, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas manifesto parti pembangkang pada pilihan raya negeri itu iaitu 'Jom Ubah Sarawak' yang diuar-uarkan pakatan pembangkang untuk membawa perubahan di
Sarawak.

Perdana Menteri berkata usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan BN bukanlah kerana berlangsungnya pilihan raya negeri berkenaan tetapi sejak NKRA dilaksanakan pada tahun lepas lagi.

"Begitu banyak projek prasarana yang (kerajaan BN) buat di Sarawak, malahdalam dua tahun ini sehingga 2012, sasaran kita kecapaian mungkin terbesar dalam sejarah Malaysia dari segi pembangunan prasarana air, api dan jalan dan membantu baik pulih rumah-rumah buruk dan sebagainya," kata Najib.

"Ini bukan kerana pilihan raya tapi (program pembangunan) berjalan sejak NKRA dilaksanakan pada tahun lepas, pembangkang dia cuma buat janji, jual janji," kata Najib.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar Kelantan datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -9/4/2011