SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

24 October 2009

LAWATAN KERJA PRA-MAJLIS LOY KRATHONG

Posted by Detguaq at 10:50 AM
21/10/2009

Saya tiba keWat Siam Kampung Begia pada pukul 3.45petang. Telah menunggu disana Senator Dato' Siw Chun Eam, Budhi yang juga AJK Bahagian Sik dan beberapa ahli jawatankuasa Sambutan Perayaan Loy Krathong peringkat Negeri Kedah. Beberapa perkara tertangguh telah dapat saya kendalikan dengan segera seperti penyediaan khemah-khemah yang saya uruskan dengan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, dimana Pengarah JKR negeri telah membenarkan saya untuk berurusan dengan terus dengan Jururtera JKR Kuala Muda/Sik, En. Fadhil Mohd Dashah. Kemudiannya timbul pula isu permit polis dimana saya terus menghubungi Ketua Polis Daerah Sik, DSP Zaidong Mustaffa yang secara lisan menerangkan tiada masaalah untuk mengeluarkan permit sekiranya permohonan bertulis diserahkan kepada pihak polis daerah Sik dan juga saya juga telah berurusan dengan Pegawai Daerah Sik untuk memohon tambahan khemah dan juga dekorasi lanskap semasa hari perasmian kelak.

Saya dimaklumkan oleh Senator Dato', bahawa beliau telah menjemput Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia untuk merasmikan majlis berkenaan pada 6hb November 2009 nanti.










Saya berkesempatan melawat secara menyeluruh tapak yang akan diadakan perayaan berkenaan bagi mendapatkan gambaran terperinci susunatur majlis sambil diberi taklimat oleh beberapa AJK perayaan berkenaan.

Setelah mereka berpuashati dengan segala persoalan dan perancangan yang tertangguh, barulah saya beredar dari Wat berkenaan pada waktu hampir melabuhkan siangnya.



0 comments on "LAWATAN KERJA PRA-MAJLIS LOY KRATHONG"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez