SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

24 October 2009

PROTES RAKYAT KAMPUNG LAHAR, SIK.

Posted by onesik at 1:43 PM
Pagi-pagi lagi saya berkejar kekampung Lahar, Jeniang kerana diberitahu ada kejadian tanah runtuh.  Sampai ke rumah Ketua Cawangan, yang juga JKKP disitu, saya terus dibawa ketempat berkenaan.  Walaupun keadaan agak mencabar kerana tebingnya yang curam dan tidak stabil, saya dan rakyat sekitar yang ada menunggu ssaya disutu sampai ketempat yang dimaksudkan bersama-sama tuan tanah yang mengadu.



Beliau memaklumkan, setelah sukatan dibuat, beliau kehilangan hampir 100 kaki tanah, yang kini melurut menyembah sungai.  Semuanya gara-gara kerja-kerja menyedut pasir yang pada pandangan beliau telah tidak mematuhi garispanduan Pentadbir Tanah dan lain-lain pihak berkaitan terutamanya kerajaan Negeri Kedah.  Beliau bersama-sama penduduk memohon kepada pihak Yang Berhormat agar memaklumkan perkara ini kepada pihak yang berwajib termasuklah membuat bantahan didalam Mesyuarat Kerajaan Negeri yang akan datang.

Sebelum itu semasa saya dalam perjalanan, saya masih dapat mendengar ngauman jentera penyedut pasir dan jentera pengaut.  Tetapi sebaik sahaja mereka menyedari kelibat saya bersama-sama rakyat setempat menghampiri loji mereka, tiada lagi kedenganran ngauman jentera mereka seolah-olah tiadapun aktiviti penyedutan pasir berlaku.

Kemudiannya rakyat setempat telah mengadakan bantahan secara aman.  Dan setelah pekerja-pekerja kuari pasir berkenaan mendapati kami telah beredar, mereka meneruskan kerja mereka dan jentera terus mengaum.....

**ralat - Tarikh pada gambar adalah tidak tepat

0 comments on "PROTES RAKYAT KAMPUNG LAHAR, SIK."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez