SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

04 April 2010

KLINIK BIMBINGAN UPSR

Posted by Detguaq at 10:33 PM


















Satu skim percuma bimbingan atau tuisyen untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil UPSR bagi tahun 2010 telah di lancarkan semalam(03/04/2010) oleh saya selaku Ketua UMNO Bahagian Sik. Skim ini adalah anjuran Berita Harian dan Tabong Haji yang melibatkan Daerah sik, Padang Terap dan Pengkalan Hulu.

Saya sedang berusaha untuk mendapatkan penaja-penaja dari kalangan korporat dan GLC Persekutuan yang lain untuk memperkembangkan lagi skim ini agar lebih ramai murid-murid yang akan menduduki UPSR tahun ini dapat menyertai skim tuisyen percuma ini dan menikmati kejayaan dalam akademik.

4 comments on "KLINIK BIMBINGAN UPSR"

Mosal said...

Salam. Satu langkah yang baik untuk meningkatkan pembelajaran anak-anak bagi menghadapi UPSR. Bagaimanakah pemilihan anak-anak dalam program ini? Adakah dipilih oleh pihak sekolah atau mengikut kampung-kampung di dalam parlimen Sik? Ini kerana ada waris yang mempunyai anak untuk UPSR 2010 tidak mengetahui tentang program yang dianjurkan.

Anonymous said...

Satu pendekatan pembelajaran yang baik. Tahniah

PDUTARA on April 6, 2010 at 10:54 AM said...

Minta YB melaksanakan secara berterusan.

M. Khalimi Dalhan said...

Terima kasih YB. saya salah seorang tenaga pengajar (sains) pada klinik tersebut... Bangga atas keprihatinan YB. Pada pandangan saya, para pelajar di kawasan YB sememangnya hebat dan tiada kurangnya dengan pelajar di kawasan lain dari segi kemampuan untuk bereksplorasi dalam Sains UPSR walau ada kedapatan dari mereka berasa rendah diri terutama apabila memberi jawapan dalam bahasa Inggeris. Usaha perlu diteruskan untuk membawa mereka `keluar' bagi berdaya saing dgn pelajar2 yang lain. Tahniah warga SIK....

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez