SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

08 April 2010

MENZIARAHI KEMATIAN DI KAMPUNG PINANG, BELANTEK.

Posted by Detguaq at 1:01 PM
Sebaik sahaja selepas merasmikan Mesyuarat PIBG di SK Padang Chicak, Jeneri, saya ke Utara Dun Belantik untuk menziarahi kematian salah seorang penduduk di Kampung Pinang.  Semasa tiba waris masih lagi menguruskan jenazah untuk di sempurnakan.  Saya juga turut berada di kawasan kubur untuk melihat penggali kubur berhempas pulas untuk menyiapkan liang kubur. Di fahamkan bahawa jenazah akan di semadikan pada pukul 10 malam 08/04/2010.  Segala persiapan seperti kain kapan adalah sumbangan Ahli Dewan Undangan Belantek.




Saya sempat menyulam lawatan dengan melawat orang tua
yang sakit.  Dan ini bukanlah kali pertama saya melawat
mereka.



Kini pasangan ini mendapat bantuan elaun bulanan dari
Jabatan Kebajikan dalam skim BOT.



 Liang yang hampir siap di gali


Di Kampung Charuk Senduk, terdapat satu keluarga yang perlu di bantu sementara.  Sebenarnya permohonan mereka untuk mendapatkan sebuah rumah dari skim PPRT sedang dalam proses dan di maklumkan bahawa ianya pada peringkat kelulusan.  Untuk sementara pihak saya telah memberi bantuan atap zing untuk melindungi pondok sementara mereka sebelum mereka dapat berpindah ke rumah yang lebih selesa.



Sempat melawat ke sebuah rumah PPRT yang telah siap di kampung berkenaan, tetapi penilik rumah ini tiada di rumah.

Sebenarnya saya telah singgah ke rumah ini untuk melawat se pesakit yang juga isteri kepada Imam Masjid Gulau tetapi di maklumkan bahawa beliau telah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

0 comments on "MENZIARAHI KEMATIAN DI KAMPUNG PINANG, BELANTEK."

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez