SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

28 October 2010

Majlis Santai Pertemuan dengan Pegawai-pegawai Penerangan Negeri Kedah

Posted by DetGuaq6 at 8:10 PM
 Pagi tadi, saya sempat mengadakan pertemuan secara informal dengan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Negeri Kedah yang berkumpul di Sik kerana satu aktiviti sosial berbentuk kekeluargaan selama beberapa hari dan hari ini adalah hari terakhir mereka.










Terima kasih CELCOM.  Ketika kami sedang berbual-bual, saya telah memaklumkan bahawa mulai kelmarin sekitar lingkungan 3km(radius) dari Pekan Sik sudah boleh menikmati gelombang 3G yang membolehkan kita melayari internet secara tanpa wayar, lalu salah seorang pegawai Penerangan, Puan Wana mencuba kemudahan tersebut, dan alhamdulillahirobbil alamin, internet sudah boleh di layari dengan memuaskan!





























 Kini Sik sudah setanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia
kerana internet sudah boleh di gapai walaupun ketika berada di halaman.

 Bersama bekas Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Sik yang cukup
berdedikasi, tetapi kini telah berpindah ke daerah Kulim/Bandar Bharu
dengan tugas yang sama.

Saya sempat berjumpa mereka untuk berkenal-kenalan dan untuk menyampaikan ucapan terima kasih di atas kerja serta tugas penting mereka sebagai penyampai paling hadapan setiap dasar kerajaan kepada rakyat secara tepat.

0 comments on "Majlis Santai Pertemuan dengan Pegawai-pegawai Penerangan Negeri Kedah"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez