SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

08 November 2009

KEMPEN SATU KOMUNITI SATU JPJ

Posted by onesik at 8:53 PM 0 comments
Menyedari begitu ramai penunggang-penunggang dan pemilik-pemilik motorsikal diParlimen Sik belum memiliki lesen sah dari JPJ, maka atas inisiatif pihak saya dan seluruh kepimipnan UMNO Bahagian Sik, ketua-ketua masyarakat, NGO, polis serta pihak JPJ sendiri, maka satu kempen yang bertepatan dengannya telah diadakan dengan hasrat agar mereka dapat memiliki lesen sah tanpa perlu pergi ke JPJ.

Kempen ini telah mendapat sambutan hangat dari pemilik dan penunggang motosikal dimana kedatangan mereka kekawasan dimana kempen ini dijalankan begitu menggalakkan sekali.  Kempen ini juga telah disertai oleh JPJ sendiri, Polis, Bomba, Fama, Jabatan Pertanian dan KEDA dengan membuka 'booth' untuk memudahkan pelanggan menemui mereka. Kempen ini berjalan selama 3 hari.

Saya telah dijemput untuk merasmikan Majlis Penutup Kempen berkenaan pada 7/11/2009. 



07 November 2009

MAJLIS PELANCARAN GERAK 1MALAYSIA DIJERAI

Posted by Detguaq at 2:24 PM 0 comments
UMNO Bahagian Jerai telah dipilih bagi menggantikan UMNO Bahagian Kuala Kedah sebagai tempat dimana Majlis Pelancaran Gerak 1Malaysia peringkat Negeri Kedah disebabkan faktor cuaca. Majlis Pelancaran berkenaan akan diadakan seperti maklumat dibawah:


AKHIRNYA DIA MAHU KEMBALI BERSEKOLAH

Posted by onesik at 1:53 AM 0 comments
Anak ini mungkin belum jelas hala tuju masa hadapannya.  Sebagai insan yang telah melalui dan melepasi zaman remaja seperti beliau sudah tentu pengalaman saya wajar saya kongsi bersama dia.  Baru berusia sekitar 14 tahun, namun tidak berminat pada mulanya untuk meneruskan persekolahan lalu memilih untuk menjadi pembantu dikedai runcit.

Mohd Razman Yusri menjelaskan dia kabur tentang arah masa hadapan dan selesa mencari sedikit duit belanja dengan menjadi pembantu disebuah kedai runcit, namun sebagai abang yang mempunyai tanggungjawab terhadap anak bangsa, saya telah meluangkan masa dengan pergi kerumah anak ini dikampung KualaTeloi, Batu 5 Sik dan cuba menyelami sambil memahami apa yang dipendamkan oleh beliau sehingga tergamak mengambil keputusan untuk menjauhi alam persekolahan.

06 November 2009

MESYUARAT KHAS KOPERASI PEMBANGUNAN DAERAH SIK

Posted by onesik at 7:02 PM 0 comments

 Mesyuarat khas dengan Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi, yang dipengerusikan oleh
Cikgu Razak

BANTUAN BUKU SOKONGAN UNTUK PELAJAR

Posted by onesik at 5:15 PM 0 comments
5/11/2009
Hari ini saya telah mengadakan satu program dalam membantu pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun hadapan diseluruh Parlimen Sik.  Tujuan saya membantu mereka dengan buku-buku tambahan walaupun hanya pada tahun 2010 mereka akan menduduki peperiksaan sebenar adalah sebagai bekalan awal terhadap persediaan fizikal dan mental mereka.

Diharap dengan bantuan ini semangat setiap dari mereka yang berjumlah 1,500 orang akan meningkat dan dapat memanfaatkan cuti panjang hujung 2009 ini dengan mendampingi selain dari buku-buku teks yang wajib dirujuk juga buku sokongan ini sebagai tambahan terhadap bahan bantuan.  Saya juga menyarankan mereka agar terus mencari 'study group' yang terbaik supaya melalui kaedah ini, mereka dapat pula bertukar-tukar maklumat hasil dari sumber rujukan yang sama.


Menandatangani buku pelawat ketika dipejabat Pengetua
SMK Sik, Encik Omar.

MESYUARAT PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH

Posted by onesik at 3:10 PM 0 comments


Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez