SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

11 January 2010

Kalimah Allah: Sultan Selangor mahu pendirian kerajaan negeri teguh

Posted by Detguaq at 7:34 PM 0 comments

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Selangor teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama. 

Baginda menitahkan pendirian itu pada majlis mengadap diketuai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, di Istana Mestika pada 5 Januari lalu.

APA NAK JADI NI ?

Posted by Detguaq at 7:31 PM 0 comments
Penulis blog diancam 'kapak terbang'
Jimadie Shah Othman
Jan 11, 10
11:43am
kemaskini 3.34pm Seorang penulis blog popular diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian yang menyebabkan cermin belakang pacuan empat roda miliknya itu pecah berlaku kira-kira pukul 10.50 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah.

"Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya," katanya.

Dalam aduan polisnya, Syed Azidi berkata sebuah Proton Wira Aeroback, yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran, berhenti di tepi rumahnya.

"Saya berasa takut dan terus masuk ke dalam rumah. Selepas merasakan keadaan reda, saya keluar dan dapati cermin belakang motokar saya telah pecah," laporan polisnya dipetik.

"Saya mengesyaki (orang di dalam) Proton Wira yang saya lihat itu telah membaling kapak tersebut ke arah motokar saya."

Menurut coretan di blognya pula, kapak besi berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter.

"Tengah hari tadi (semalam) saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting (tulisan) saya yang negatif terhadap keluarga menteri besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta," kata Syed Azidi.

Selepas dipecat November tahun lalu, bekas pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu secara terbuka mengkritik kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Bertembung secara terbuka dengan Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Syed Azidi antaranya mendakwa terdapat salah urus kewangan sebuah anak syarikat perbadanan itu, Kifalah Sdn Bhd.

Penulis blog itu turut mendakwa, Abdul Ariffahmi menyebabkan peningkatan kos PMBK melebihi 500 peratus apabila menaikkan gaji dan memberikan bonus sesuka hati.

Setakat ini belum jelas pihak yang bertanggungjawab dan polis sedang menjalankan siasatan selepas kejadian itu dilaporkan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu tengah malam tadi.

Ketika dihubungi pagi ini, Syed Azidi tidak menolak kemungkinan insiden di rumahnya malam tadi mempunyai kaitan dengan tulisan-tulisan kritis di blognya.

"Kemungkinannya 'ya'. Ia mungkin melibatkan pihak-pihak yang tertekan dengan siaran artikel-artikel saya," jelasnya.

Beliau bagaimanapun yang enggan menamakan pihak terbabit.

Polis merekodkan keterangan Syed Azidi, turut dikenali sebagai 'Sheih' di kalangan penulis blog, pagi ini.

04 January 2010

Ahli MIC interaksi menerusi Facebook

Posted by Detguaq at 4:29 PM 0 comments


SEREMBAN 3 Jan. - Semua ahli MIC di pelbagai peringkat disarankan supaya menyertai dan berinteraksi menerusi laman sosial Facebook ke arah mempertingkatkan tahap komunikasi anggota parti berkenaan.
Ketua Wanita MIC, Datin Paduka M. Komala berkata, langkah itu adalah selari dengan peredaran masa dan arus pembangunan teknologi.
Menurutnya, inisiatif berkenaan boleh membantu mempertingkatkan taraf komunikasi ahli dalam melancarkan sebarang aktiviti dan pergerakan parti tersebut.
''Kini sudah tiba masanya, kita menggunakan teknologi sedia ada untuk berkomunikasi dengan lebih efisien.
''Pada masa ini, orang ramai khususunya generasi muda yang berumur di bawah 40 tahun lebih gemar untuk menggunakan Internet, blog, laman web, laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk berhubung selain dijadikan sumber rujukan dalam mencari informasi terkini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Kemahiran Penggunaan Internet dan Laman Web di Wisma MIC negeri yang dirasmikan Pengerusi MIC negeri, Datuk T. Rajagopalu di sini hari ini.
Jelas Komala, pendekatan itu turut bertujuan bagi memudahkan orang ramai terutamanya kaum India menyuarakan cadangan, aduan atau masalah yang dihadapi mereka.
''Usaha ini akan memudahkan orang ramai dan kami untuk berkomunikasi secara dua hala dengan pantas.
''Sebarang masalah, aduan mahupun cadangan dapat di suarakan menerusi laman web bagi diambil tindakan sewajarnya dengan cepat," katanya.
Sementara itu, menurut Rajagopalu, langkah bijak itu seharusnya dilaksanakan oleh setiap ahli disemua peringkat secepat mungkin.
''Kita sudah masuk 2010 dan saya akan pastikan setiap ahli di negeri ini di semua peringkat termasuk akar umbi untuk memahirkan diri dengan dunia Internet dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut.
''Berhubung menggunakan Internet merupakan salah satu cara kita dapat menghulurkan bantuan dengan cepat kepada golongan susah sekali gus menjamin kebajikan golongan terbabit dari terus terabai," katanya.

**Semuga ahli-ahli UMNO juga celik tentang saranan ini.

RAKYAT SIK TURUT MEMBANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH SELAIN DARI AGAMA ISLAM

Posted by Detguaq at 12:08 PM 1 comments
03/01/2010

Keseluruhan rakyat Sik yang beragama Islam tidak kira kecenderungan politik membantah dengan keras penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.  Satu demonstrasi aman telah diadakan oleh mereka diperkarangan pejabat ADUN Belantik pada pukul 12.00 tenghari.  Walaupun tidak dirancang, tetapi kehadiran secara spontan oleh seramai lebih dari 100 orang Islam ke hadapan pejabat ADUN Belantik adalah menifestasi sebenar seluruh rakyat Sik yang beragama Islam.

Demonstrasi ini dimulai dengan acara menrunkan tandatangan sebagai petisyen untuk memohon Kementerian Dalam Negeri mempercepatkan tindakan memfailkan notis rayuan keMahkamah Rayuan.  Pempetisyen juga berharap pihak Kementerian dalam Negeri berusaha mengumpulkan pengamal undang-undang yang pakar supaya dapat memberi hujah yang kukuh semasa rayuan nanti agar hak Agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara terus dipelihara dan terus kukuh.


Yang menghairankan, sehingga kini belum ada ketetapan jelas oleh pihak parti pembangkan terutamanya PAS dan PKR yang dipimpin oleh pemimpin yang beragama Islam.









03 January 2010

KLINIK GANTIAN TERAPI METHADONE

Posted by Detguaq at 6:16 PM 0 comments





SIRI LAWATAN KERJA DIKAWASAN PARLIMEN SIK - 13

Posted by Detguaq at 6:11 PM 0 comments
MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI













Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez