SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

29 January 2010

Mesyuarat untuk mengadakan Mesyuarat AJK Cawangan dan Kenduri Tahlil

Posted by onesik at 1:41 PM 0 comments
Walaupun kesibukan sentiasa memburu tugas sebagai Ketua Bahagian dan ADUN, namun saya sentiasa mengambil berat hal-hal di cawangan saya.  Oleh itu saya telah berbincang dengan Setiausaha Cawangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan Mesyuarat AJK Cawangan bagi tujuan menyelaras aktiviti cawangan saya bagi tahun 2010.









Selepas dari perjumpaan ini, selepas Isya' saya menghadiri pula satu majlis tahlil di Kampung Bukit Berangan, Belantik yang jauhnya 36 kilometer dari Kampung Kemelong.  Tahlil ini di adakan di rumah salah seorang kakitangan dipejabat ADUN Belantik, iaitu Encik Fazli.








28 January 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PELANCARAN KEMPEN UMNO JUARA RAKYAT.

Posted by Detguaq at 3:59 AM 0 comments
Walaupun agak lewat membuat posting tentang kempen ini, ianya bukanlah disengajakan....

















































26 January 2010

Mereka itu 'Firaun Kecil'...saya sedia tinggalkan parti kata Zul Nordin

Posted by Detguaq at 11:01 AM 0 comments
Dari Agendadaily:





Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun Kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sehubungan itu beliau menegaskan, jika sampai kepada peringkat beliau perlu keluar parti dalam mempertahankan kalimah suci Allah, beliau sedia berbuat demikian.

“Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah.

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad kerana menyifatkan ia adalah perbezaan pendapat tetapi saya tegaskan kepadanya, kenyataan Khalid bukan perbezaan pendapat tetapi penghinaan kepaa Islam.

“Dalam soal Zaid Ibrahim yang mahu saya dipecat dari parti, saya tidak berminat melayan politikus hinggusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia tentang hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud.

“Selepas itu PAS perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan soal Islam ini,” jelasnya panjang lebar.

Beliau menyatakan demikian kepada Agendadaily Isnin ketika diminta mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Anwar, Khalid dan Zaid berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid dalam isu kalimah Allah.

Khalid dalam kenyataanya mempersoalkan kenapa Zulkifli menyamannya kerana pendiriannya sama dengan Anwar. Manakala Anwar pula menyifatkan Zulkifli sudah cross the line dan Zaid pula mahukan parti memecat Zulkifli sebagai ahli PKR.

Mengulas mengenai semua perkara itu, Zulkifli berkata, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa meninggalkan parti.

Ditanya adakah beliau ada berhubung dengan Anwar, beliau mengakui Anwar ada menghubunginya dan meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan menarik balik laporan polis terhadap Khalid.

“Saya juga hairan kenapa Anwar sebagai seorang yang mempunyai imej Islam yang kuat menyokong Kristian. Kita tahu ada dua pendapat berbeza dalam isu ini, ada ulama luar yang menyifatkan tidak salah agama lain guna kalimah Allah tetapi ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

“Saya harapkan Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau menyokong pihak Kristian. Tapi itu saya boleh terima sebagai perbezaan pendapat. Tetapi kenyataan Khalid yang menyatakan enakmen Islam Selangor sudah ketinggalan zaman, bagi saya adalah satu penghinaan.

“Dalam soal kalimah Allah Khalid sudah tidak bertamaddun, keluar batas perbahasan. Dia hina Islam, hina sistem perundangan, hina Sultan, bagi saya dia biadap.

“Anwar minta saya tarik balik laporan polis, saya kata boleh jika Khalid memohon maaf kepada umat Islam dan kepada Sultan Selangor,” ujarnya panjang lebar. – 25/1/2010

24 January 2010

BENGKEL KEPIMPINAN UMNO SIK

Posted by onesik at 12:35 PM 0 comments
Bengkel ini di adakan selama 1 hari setengah di Pantai Merdeka Resort.  Saya berbangga dengan kepimpinan akar umbi yang menyahut cabaran untuk hadir ke bengkel ini demi perubahan dalaman UMNO Sik khasnya dan UMNO Malaysia keseluruhannya.  Tahniah kepada keseluruhan ahli-ahli yang hadir terutamanya pengerusi Biro Latihan, En Mohd Asri Mohd Hadzir dan AJK beliau.





















 Perasmian serentak Blog UMNO Bahagian Sik dan
Blog saya oleh Dato' Paduka Ahmad Bashah



 Seluruh Pemimpin termasuk sayap-sayap bergambar
dengan Dato' Paduka Ahmad Bashah, Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.







 Terima Kasih yang tak tergambar dgn kata-kata kepada
wartawan yang sentiasa memberi kerjasama terbaik mereka
terhadap UMNO Bahagian Sik dan saya.



 "Wakil Rakyat" sedang berceramah kepada saya







17 January 2010

KENYATAAN AKHBAR DALAM SINAR HARIAN

Posted by Detguaq at 2:53 AM 0 comments

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez