SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

15 March 2010

MINGGU AKTIVITI IKM SIK

Posted by Detguaq at 9:29 AM 0 comments
Semalam, 14/03/2010 pihak IKM Sik, telah mengadakan minggu aktiviti iaitu aktiviti yang di adakan setiap hujung minggu untuk melengkapkan ko-kurikulum penuntut-penuntut IKM Sik.  Bersempena maulidur Rasul, pihak IKM juga telah mengadakan sambutan secara sederhana.





KARNIVAL SEPAK RAGA TUJU SUNGAI SEMIAR

Posted by Detguaq at 7:44 AM 2 comments


Karnival ini telah di adakan pada 13/03/2010 di Kampun KEDA Sungai Semiar dengan di sertai oleh hampir 200 orang.  Sepak raga tuju adalah permainan atau sukan rakyat yang paling popular di utara terutamanya di Kedah.  Acap kali sukan ini berjaya menghimpunkan seluruh peminat sukan ini tidak kira lapisan umur dan bangsa.  Sukan ini jika di anjurkan oleh kumpulan-kumpulan peminatnya sekurang-kurangnya akan di hadiri lebih dari 100 orang pada setiap kali ianya di mainkan.  Selalunya mereka ini mengumpul sumbangan sesama mereka untuk menjayakannya. 





Biasanya jamuan makan ala jamuan berselrak akan di adakan bagi menjamu tetamu-teamu yang terdiri dari penggiat-penggiat permainan ini yang datang sejauh Taiping, Setiawan di Utara Perak, Pulau Pinang dan juga Perlis.  Di Kedah hampir setiap hujung minggu akan di adakan karnival sukan ini sebagai mengiratkan tali silratulrahim penggiat-penggiatnya.  Kita jangan hairan melihat keakraban mereka ketika bermain.  Gelak tawa dan usikan mereka sungguh mesra. Kerapatan perhubungan persahabatan mereka umpama saudara sendiri walau berlainan bangsa.  Orang Melayu tidak kekok untuk berjenaka dengan rakan mereka yang terdiri dari kalangan orang Cina, India dan Siam.





Usikan yang kadangkala nampak seperti begitu rasis sekalipun di sudahi dengan deraian tawa yang menunjukkn mereka tidak terusikpun dengan hasutan politik dari mana-mana parti.  Malah tidak menghairankan jika tetamu yang jauh sejauh Taiping walaupun ianya Cina tetapi tidak kekok untuk bermalam di rumah sahabat Melayunya jika tidak ada kesempatan untuk pulang setelah keletihan akibat seharian bermain sepakraga tuju.





Kemesraan dengan keluarga mereka juga terjalin hasil dari sukan sepak raga tuju ini.  Ia terbawa-bawa sehingga dalam pergaulan berbentuk kemasyarakatan apabila ada kenduri perkahwinan, sakit demam mahupun kematian.

KUNJUNGAN HORMAT KE KEMENTERIAN KEWANGAN

Posted by Detguaq at 2:24 AM 0 comments

Pada 10/03/2010 saya berkesempatan untuk mengunjujgi Kementerian Kewangan di Putrajaya bagi membincangkan dengan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Awang Adek Husin beberapa hal berkaitan dengan pembangunan Sik baik dari segi infrastruktur, pendidikan,kesihatan, kebajikan, IPT dan beberapa hal yang tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian.

Walaupun masa yang di peruntukan dalam temujanji amat terhad, tetapi dalam kesempatan terhad itulah saya sedapat mungkin memberi penerangan terhadap keperluan-keperluan mendesak yang terbabit langsung dengan isu rakyat Sik kedalam pengetahuan Menteri dan Kementerian.  Saya bagi pihak rakyat Sik amat berterima kasih di atas kesudian Timbalan Menteri Kewangan

14 March 2010

Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti

Posted by Detguaq at 2:52 PM 0 comments

 

Adun Lunas: Ramai lagi pemimpin PKR akan keluar parti

KULIM, 14 Mac — Sekurang-kurangnya 10 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.
Adun Lunas Bebas, Mohd Radzhi Salleh berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.
Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.
Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini,hari, katanya beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.
Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.
Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen “Bajet PR Kedah 2010” yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.
Hadir sama di majlis tersebut dan menyampaikan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP itu ialah Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya mengulangi pelawaan beliau kepada Adun dan Ahli Parlimen PKR yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas supaya menganggotai Umno sebagai platform yang lebih berkesan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat. — Bernama

06 March 2010

KLINIK RAKYAT

Posted by Detguaq at 7:01 AM 2 comments
Seperti biasa pada setiap hari Khamis saya akan membuka pusat khidmat saya seperti seumpama penggulungan hujah di akhir pidato.....Setelah dari hari Jumaat sehinggalah ke hari Rabu menjelajah keseluruh pelusuk Parlimen Sik berjumpa rakyat dan juga menghadiri majlis-majlis samada sebagai jemputan ataupun majlis yang di buat oleh UMNO Sik sendiri, maka hari ini adalah merupakan hari dimana saya dapat 'counter' mana-mana masaalah yang masih tertunggak.




Bezanya klinik saya dengan klinik perubatan ialah pelanggan tidak perlu mengeluarkan sesenpun kos perkhidmatan....semuanya kerana rakyat.

02 March 2010

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO

Posted by Detguaq at 2:56 PM 0 comments


PERMATANG PAUH 27 Feb. - Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.
Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.
Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.
''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.
Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez