SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

27 February 2010

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEMASA GONG XI FA CAI PARLIMEN SIK

Posted by Detguaq at 5:44 PM 0 comments














25 February 2010

PENTARAMA DI SUNGAI SEMIAR.

Posted by Detguaq at 5:27 PM 0 comments
Selepas meraikan kaum Cina Sik sempena Gong Xi Fa Cai, saya dan beberapa AJK Bahagian Sik bergegas ke Perumahan KEDA Sungai Semiar kerana di sana pada waktu yang sama berlangsungnya PENTARAMA yang di persembahkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.  Ketika samapai jam sudahpun menunjukkan hampir pukul 11.00 malam.  Hujan turun renyai-renyai.  Namun persembahan tetap di teruskan dan para hadirin juga kebanyakannya tidak berganjak.  Turut hadir ialah KetuaPengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Encik Masnoor bin Shaari.





 Tujuan utama Pentarama ialah untuk menerangkan kepada rakyat kengenai dasar-dasar kerajaan, perkhidmatna-perkhidmatan yang kerajaan sediakan serta juga mengenai konsep 1Malaysia di mana rakyat di dahulukan serta pencapaian diutamakan.

MAKAN MALAM BERSAMA MASYARAKAT TIONGHUA PARLIMEN SIK

Posted by Detguaq at 2:26 PM 0 comments
Selepas membuat kunjungan muhibah sebelum masyarakat Cina dalam Parlimen Sik tempohari, pukul 8.30malam, 24hb Februari 2010(semalam) bertempat di Dewan Sekolah Chun Hwa, Pekan Sik, dengan kerjasama MCA dan Gerakan Bahagian Sik, kami bersama-sama telah mengadakan jamuan bersempena dengan Sambutan Perayaan adat/masyarakat mereka iaitu Gong Xi Fa Cai.
Seperti mana-mana perayaan masyarakat, golongan yang paling gembira sudah tentulah kanak-kanak.  Saya amat terhibur melihar gelagat mereka yang kegembiraan ketika suasana Gong Xi Fa Cai masih lagi hangat di rayakan.  Senyum dan tawa mereka membuatkan azam saya untuk terus menabur khidmat kepada seluruh rakyat Sik tanpa mengira batas bangsa mahupun agama bertambah semarak semerah warna tema setiap kali Gong Xi Fa Cai di sambut.


Tidak lengkap sesuatu perayaan itu jika warga emas tidak di beri penghargaan yang paling istimewa, memang fitrah manusia yang muda menghormati yang tua.  Warna perayaan akan menjadi kusam sekiranya kita mengabaikan warga emas seperti juga ibu bapa kita.  Gembiranya saya kerana kesemua golongan warga emas berketurunan Tionghua di Sik masih mengenali saya dan masih mengenali juga ibu bapa saya apabila berbual mengenai kisah lampau masing-masing.









Dan lebih menghangatkan suasana perayaan ini ialah bilamana ianya turut di sambut oleh Keturunan Siam yang boleh dikatakan telah mengadaptasi cara hidup kaum Cina termasuklah turut merayakan Gong Xi Fa Cai sebagai perayaan utama mereka.




Angpow dan Gong Xi Fa Cai adalah dua elemen dalam satu, ibarat isi dengan kuku, irama dan lagu pemberian angpow membentuk sebahagian dari perayaan ini selain dari makan besar, kunjung-mengunjungi jiran dan melwat warga emas.












Begitu juga dengan makanan, setiap perayaan atau majlis tidak lengkap jika tetamu yang di jemput tidak di jamu dengan makanan dan minuman.....








Tanggungjawab saya dalam membantu masyarakat dalam menyelesaikan masaalah rakyat setempat bukanlah terhenti bila ada majlis-majlis seperti ini, jika ada ruang, semesti dan sepastinya saya akan cubadengan seberapa pantas dan segera untuk menyelesaikannya.



22 February 2010

SEMINAR JUARA RAKYAT

Posted by Detguaq at 6:06 AM 3 comments
20/02/2010














Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez