SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

31 March 2010

ISTERI MANTAN MENTERI BESAR KEDAH MENINGGAL

Posted by Detguaq at 12:55 AM 0 comments
Innalillahiwa inna illahirroji un.

Isteri Tan Sri Osman Aroff, Datin Sri Azizah telah menginggal dunia sebentar tadi.  Dalam 2 jam lagi mayatnya akan di bawa pulang ke rumah Tan Sri Osman Aroff di Jalan Menteri off Jalan Sultanah, Alor Setar.

Semoga Allah menghimpunkan Allahyarham bersama orang-orang yang Berjaya di Akhirat, InsyaAllah.

Lapuran terperinci akan menyusul.



Dari utusan:

Isteri bekas MB Kedah meninggal dunia

31/03/2010 1:13pm

ALOR SETAR 31 Mac - Isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, Puan Sri Azizah Abdul Hamid, meninggal dunia akibat barah hati di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.
Allahyarhamah Azizah berusia 65 tahun.
Osman berkata, isterinya dimasukkan ke HSB dua bulan lepas selepas mengadu buang air besar berdarah dan doktor mengesahkan arwah mengalami masalah usus dan perlu menjalani pembedahan segera.
"Semasa menerima rawatan di HSB, doktor telah mengesahkan isteri saya dijangkiti barah hati peringkat empat dan rawatan boleh dilakukan selepas luka di tempat pembedahan sembuh,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Osman berkata, Allahyarhamah turut menghidap penyakit kencing manis.
"Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultanah kira-kira pukul 1.30 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kelubi, Jitra selepas Zohor,” katanya.
Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu Jeffril, Rizal, Ileana dan Adzmin.
Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang keenam pada 28 Januari 1985, menggantikan Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin yang meletak jawatan Menteri Besar Kedah pada 24 Januari 1985. - Bernama

29 March 2010

JUARA RAKYAT PERINGKAT PETI UNDI CHEPIR/BENDANG MAN

Posted by Detguaq at 4:56 PM 1 comments
Selaras dengan cetusan ilham oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, yang mahukan pemimpin-pemimpin akar umbi secara berterusan bertemu dan mendampingi rakyat melalui kempen Juara Rakyat yang berkonsepkan rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan atau yang kini lebih di kenali sebagai RAPAT, maka UMNO Bahagian Sik telah menjadikan kempen ini sebagai kempen bulanan agar hasrat berdampingan dengan rakyat adalah secara berterusan, bukannya hanya apabila ada pilihanraya atau hanya apabila ada pemimpin-pemimpin besar dari Kerajaan Pusat turun melawat kampung.

Pada 25/03/2010 yang lalu satu program mikro Juara Rakyat telah di adakan untuk kawasan Peti Undi Chepir/Bendang Man.  Ia melibatkan kedua-dua kampung berjiran ini.


 Beberapa agensi kerjaan persekutuan telah di jemput bersama untuk memberi pendedahan dan fungsi mereka dalam bentuk khidmat yang masih banyak rakyat tidak memahami ruanglingkup tugas mereka seperti Jabatan Kesihatan dan juga JPAM serta RELA.
























Selesai segmen melawat kerumah-rumah mereka yang terlantar di sebabkan penyakit, kami kembali ke dewan yang menempatkan urusetia dan agensi kerajaan untuk makan tengahari sebelum terus menjelajahi kampung-kampung yang terbabit dengan program ini pada sebelah petangnya pula.

















































































Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez