Sebelum ke Teloi Tua, saya sempat melayan Encik Iqbal, pemilik Ladang Anggur
di Empangan Beris serta Penghulu Mukim Sok. Berbincang mengenai
kemajuan terkini ladang anggur milik beliau.
Saat sebelum ceramah di mulakan. Turut kelihatan ialah Cikgu Salleh,
serta beberapa pemimpin veteran UMNO..
Selepas menghadiri beberapa program pada siangnya, saya ke rumah Pak Su di Teloi Tua yang telah membenrkan perkarangan rumahnya di jadikan tempat untuk program berkenaan di jalankan.
Buat julun-julng kalinya ceramah di Sik ini dapat menghimpunkan 2 orang penceramah UMNO tersohor dan datang dari daerah yang sama. Malah pengalaman mereka tidak dapat di sangkal palgi dalam dunia politik di Malaysia ini.
Siapa yang tidak kenal Dato' Wira Othman Abdul dan Ustaz kamal Saidin. Ceramah hebat mereka sememangnya penuh dan padat dengan maklumat. Cara penyampaian mereka juga di akui amat menarik, jelas penyampaiannya serta mudah di fahami apatah lagi dengan bantuan teknologi terkini seperti yang di amalkan oleh Dato' Wira Othman Abdul yang berasal dari Kampung Paya Kerchut, Pendang.
0 comments on "CERAMAH DI TELOI TUA"
Post a Comment