Menyusup masa umpama menyelam sambil minum air
di mana sebaik selesai memenuhi undangan khenduri saya
sempat singgah melihat penderitaan keluarga ini.
Seorang ibu tua yang kudratnya sudah tidak seperti dulu di paksa keadaan
untuk menanggung anak yang di tinggal suami bersama cucu-cucu
yang perlukan makan-minum dan ilmu pelajaran.
Siratan yang kelihatan bukanlah wayar elektrik, tetapi jalur
rangkaian anai-anai yang rakus membaham rangka rumah.
Dinding rumah juga penuh dengan lingkaran laluan anai-anai. Keadaan rumah yang uzur ini sudah saya perhatikan dengan mata kepala sendiri dan dengan segera saya hubungi agensi-agensi berkaitan seperti JKM dan KEDA untuk memaklumkan kepada mereka dan seterusnya untuk memastikan masaalah ibu ini dapat di selesaikan segera.Nenek Bedah Saad begitu mengharap sesuatu di lakukan
untuk membantu beliau. Dalam masa yang sama
saya segera mengaturkan bantuan awal untuk meringankan
beban beliau.
Nenek ini sedang menunggu bantuan bulanan sara diri
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah saya dapat maklumat
bahawa pernohonan oleh beliau telahpun di luluskan.
0 comments on "KUNGJUNGAN KASIH"
Post a Comment