Dalam pertemuan ini, seorang wakil telah di lantik untuk menjadi penghubung dengan saya secara langsung. Ini bertujuan agar bila ada maklumat-maklumat berkenaan bencana, kecemasan, kemasyarakatan seperti kenduri kendara, sakit demam atau kematian dll.
Banyak perkara dapat di bincangkan, ada maklumat yang tidak sampai kepada saya sebelum ini, kini dalam pengetahuan saya untuk di ambil tindakan seterusnya begitu juga dengan perkara-perkara lain termasuk kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan juga dapat di sampaikan. Suasana pertemuan yang di buat secara cukup ringkas namun penuh mesra kerana mereka dengan saya sebenar-benarnya amat rapat serta saling faham memahami.
0 comments on "PERTEMUAN DAN DIALOG DENGAN MASYARAKAT SIAM KAMPONG BATU SEKETOL. BERIS"
Post a Comment