SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

06 June 2010

KUNJUNGAN KASIH: MELAWAT MANGSA ROMPAK YANG CEDERA DI TEMBAK

Posted by onesik at 9:48 PM

Entah bagaimana masa depan adik Md Zahir Md Aris, mangsa rompakan yang di tembak dari jarak dekat di sebuah kedai membeli sekerap di Pekan Sungai Senam, sebulan yang lalu.  Semuga Allah memberi kekuatan semangat untuk beliau meneruskan hidup dengan lebih berani dan cekal serta dapat melupakan kisah yang mencemaskan itu. Sehingga kini luka-luka akibat dari tembakan belum lagi pulih.  Malah di fahamkan masih terdapat dua butir peluru yang masih terbenam di dalam daging tubuh beliau.  Doktor memaklumkan risiko adalah tinggi sekiranya peluru yang turut sedikit terbenam dalam tulang beliau itu di keluarkan.  Mungkin jika luka beliau pulih dan dalam jangkamasa panjang jika perlu peluru yang masih menghuni tubuh beliau itu akan dapat di keluarkan juga akhirnya.

Terfikir oleh saya mengenai risiko ini yang boleh juga menrepa individu lain tanpa di sangka.  Kenapa mereka yang merompak itu begitu nekad?  Mengapa mereka yang di percayai warga asing begitu berani merompak di siang hari ketika ramia orang ada di sekeliling mereka?  Wajarkah kebanjiran warga asing diSik yang begitu dekat dengan sempaddan dan terdedah kepada keluarmasuk waarga asing tanpa kawalan.  Dan natijah dari kebanjiran merekaterutamanya yang memasuki negara ini secara haram akibat terpesona dengan kemakmuran ekonomi Malaysia baik di kawasan metropolitan mahupun di pedalaman.


Saya difahamkan walaupun adik Md Zahir sembuh, tetapi kekuatan tubuh badan beliau tidak akan seperti dahulu lagi, ianya akan kurang berbanding sebelum beliau mengalami kecederaan dahulu.  Sumbangan adalah untuk membantu adik Md Zahid sedikit sebanyak ketika berulang alik ke hospital ketika menerima rawatan susulan. Kami juga di fahamkan bahawa beliau mempunyai tiga anak yang masih kecil serta ibunya pula berstatus IBU HARAPAN.  InsyaAllah pihak UMNO Sik akan cuba membantu sesiapa sahaja yang benar-benar memerlukan bantuan.

Sahabat yang lama dan masih setia dengan parti.
Abang ini mengusahakan asam keping secara kecil-kecilan

0 comments on "KUNJUNGAN KASIH: MELAWAT MANGSA ROMPAK YANG CEDERA DI TEMBAK"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez