SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

16 June 2010

RUMAH MESRA RAKYAT. MESRAKAH?

Posted by Detguaq2 at 1:34 PM

Semalam saya sempat juga meninjau keadaan rumah-rumah di bawah SRMR yang di kendalikan oleh SPNB.  Rata-rata rumah yang saya lawati bermasalah. Hampir semua rumah-rumah berkenaan mengalami kebocoran atap, kualiti pelepaan dinding yang tidak sempurna terutamanya di dalam tandas dan dapur, kualiti besen membasuh pinggan mangkuk yang rendah, pendawaian yang tidak sempurna, kipas siling dan lampu yang tidak berfungsi, kebocoran paip air, keretakan pada dinding dan lantai serta pemendapan lantai di luar dan dalam rumah dan pelbagai maslaah yang akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pemilik yang mengharapkan keselesaan tempat tinggal.  Tetapi harapan mereka hampir berkecai apabila timbunan masaalah melambak di depan mata mereka setelah rumah yang mereka mimpikan untuk di diami tidak dapat berfungsi sebagaimana yang di harapkan.  Keadaan ini amat menyedihkan saya selaku wakil rakyat di DUN Belantek dan Ketua bahgaian UMNO Sik.

Kipas ini hanya perhiasan siling
 Air yang menyerap di bawah tikar getahmembuatkan keadaan lantai
sentiasa basah.
Setelah beberapa minit air disambung kembali keadaan lantai kakilima ini
mula mengeluarkan mata air. Ini membuktikan bahawa sambungan paip samada
tidak sempurna atau pecah.

Sambungan paip kerumah di buat ala kadar oleh kontraktor.

Lantai di salah sebuah bilik sentiasa di takungi air di sebabkan paip yang bocor
atau sambungan yang tidak sempurna.

LAPURAN DARI BERITA HARIAN:

Utara: Rumah baru reput
Oleh Rahmat Othman

2010/06/15

80 keluarga risau dinding retak, siling, bumbung bocor

SIK: Seramai 80 keluarga dari tiga perkampungan di sini, kesal apabila rumah yang baru beberapa bulan diduduki sejak dibeli setahun lalu melalui skim perumahan mesra rakyat mengalami pelbagai kerosakan hingga boleh membebankan dan membahayakan keselamatan isi rumah. 

Tiga perkampungan terbabit, Kampung Belantik, Kampung Aur dan Kampung Bukit Berangan yang kini mengalami pelbagai masalah antara yang paling ketara dinding retak, siling dan bumbung bocor, paip air pecah serta pendawaian elektrik yang tidak sistematik dan berbahaya kepada isi rumah.

Kebanyakan penduduk yang ditemui Berita Harian menyatakan kekesalan mereka terhadap kontraktor terbabit yang disifatkan mereka sebagai tidak menjalankan amanah kerajaan dengan ikhlas untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.

Penduduk juga mendakwa mereka sudah mengajukan masalah itu kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tetapi tiada tindakan susulan diambil sehingga kini. 

Difahamkan petugas SPNB yang dihubungi berjanji untuk membaiki kerosakan itu tetapi hingga kini tiada tindakan susulan diambil. 

Melalui skim itu setiap unit rumah dijual pada harga antara RM65,000 hingga RM75,000 dengan ansuran bulanan sebanyak RM150 sebulan dan kerajaan mensasarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. 

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, (JKKKP), Kampung Berangan, Mahyudin Ahmad, 42, menyifatkan kerja pembinaan rumah yang dibuat secara sambil lewa sebagai tidak memenuhi aspirasi kerajaan yang berniat mahu membantu rakyat. 
Beliau berkata, pihak yang berkaitan dalam pembinaan rumah perlu lebih bertanggungjawab supaya hasrat kerajaan melalui skim itu mencapai matlamatnya. 

“Siling dan pintu bilik air rumah saya reput dengan ada di antaranya terjatuh ke lantai selepas dua hingga tiga bulan saya bersama keluarganya berpindah ke rumah ini. 

“Sebahagian daripada siling itu saya terpaksa baiki sendiri kerana mahu keluarga hidup dalam keadaan yang lebih selesa. Bagaimanapun beberapa kerosakan lain masih belum dibaiki kerana ia membabitkan kos lebih tinggi," katanya ketika di temui di sini. 

Mahyudin berkata, dia terkilan kerana menerima banyak aduan dari penduduk mengenai kerosakan rumah walaupun baru beberapa bulan mendiaminya sejak dibeli kira-kira setahun lalu. 

Seorang penduduk di Kampung Bukit Berangan, Mat Tarmizi Ahmad, 40, mendakwa beliau bingung kerana air sentiasa keluar dari celah lantai simen di rumahnya menyebabkan ia sentiasa berair walaupun tidak hujan. 

“Saya percaya air itu berpunca dari paip bawah tanah yang bocor dan berharap pihak berkaitan akan mengambil tindakan secepat mungkin. Jika tidak mungkin saya terpaksa mengambil tindakan sendiri untuk membaiki kerosakan itu. 

“Selain itu bekalan elektrik di rumah saya juga sering terganggu yang mungkin disebabkan masalah pendawaian. Saya bimbang berlaku litar pintas jika masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin," katanya. 

Seorang penduduk Kampung Aur, Rapiah Mat Daud, 54, berkata dia dan keluarganya bimbang bumbung rumah mereka akan runtuh pada bila-bila masa kerana mengalami kerosakan yang serius. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan, (ADUN), Belantik, Tajudin Abdullah ketika dihubungi berkata beliau akan menemui pemilik rumah yang bermasalah itu dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum mengambil tindakan selanjutnya. 

0 comments on "RUMAH MESRA RAKYAT. MESRAKAH?"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez