Pihak SPNB di wakili oleh Senior General Manager, Dato' Shamsul Baharin Sulaiman.
Saya memulakan dialog dalam pertemuan dengan SPNB
mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang di hadapi
oleh penerima RMR
Encik Zakaria Awang, selaku Penyelaras DUN Belantek sedang
melontarkan soalan hasil rungutan-rungutan dari pemilik RMR.
Selaku antara mereka yang di pertanggung jawapkan oleh SPNB
Dato' Shamsul memberi respon yang baik terhadap aduan-aduan
dan cadangan-cadangan, baik yang merupakan cadangan
dari sudut teknikal mahupun dari sudut arkitek dari pihak kami.
Dari senarai -senarai aduan yang di bentangkan, semua aduan
oleh penerima/pemilik RMR di janjikan oleh SPNB untuk di ambil
tindakan segera oleh pihak SPNB. Ini adalah jaminan
yang pihak ADUN Belantek terima dari Senior Manager
SPNB, Yang Berbahagia Dato' Shamsul sendiri.
Dan pihak SPNB telah menerangkan bahawa pihak kontraktor
yang telah di pertanggungjawabkan juga telah memberi
respon yang positif untuk mengatasi segala masaalah yang
di bangkitkan oleh saya dan Encik Zakaria Awang, Penyelaras
DUN Belantek.
0 comments on "PERTEMUAN DENGAN PEGAWAI SPNB UNTUK SELESAIKAN ISU SRMR"
Post a Comment