Ketika pacuan empat roda saya tiba di Pluk, hari sudah gelap. Di penjuru khemah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Sdr Mahadzir sedang berusaha keras untuk menghidupkan set generator pembekal kuasa eletrik yang tengah meragam walaupun pada malam-malam yang lalu mesin berkenaan cukup lancar menghamburkan tenaga untuk menghasilkan kuasa elektrik yang cukup untuk menerangkan sekeliling khemah tempat memasak dan mesyuarat.
Namun masaalah itu dapat di atasi tidak berapa lama kemudian dan enjinnya dapat di hidupkan dengan lancar dan tidak lagi tersumbat-sumbt seperti sebelumnya setelah beberapa cara pembaikan di lakukan. Ianya adalah di sebabkan pengaliran petrol yang tersekat. Setelah bukaan injab udara di talakan sesuai dengan masukan petrol kedalam kebuk pencuch, maka akhirnya enjinpun dapat berfungsi seperti biasa. Malam menjadi cerah di sekitar tempat-tempat yang di pasang lampu. Satu unit lampu limpah juga di pasang menghala ke jalan masuk Pos Pluk.
Setelah itu barulah saya mengajak beliau untuk duduk-duduk bertanya khabar. Dan beliau memberi komitmen untuk mengadakan sessi penerangan serta perbincangan mengenai perkembangan kumpulan kempen mereka. Minuman milo panas serta biskut kering menjadi peneman kami berborak. Anak buah saya yang lain turut serta berborak-borak sementara menunggu makan malam di siapkan.
Bersembahyang Maghrib bersama pelajar-pelajar yang
mengadakan aktiviti bersama Orang Asal. Katanya tiada
kaitan dengan politik walaupun tidak di tanya....
Macam orang yang rasa bersalah pulak!
Menu makan malam sungguh menyelerakan, iaitu ikan tamban kering, Sadin dan hirisan cabai melaka, bawang merah dan kicap kipas udang. SUNGGUH MENYELERAKAN! Walaupun ringkas, tetapi dek karana suasana yang nyaman di situ, selera makan saya memuncak berkebetulan ketika perut sedang mengalunkan keroncong untuk siapa.....
0 comments on "Bermalam di Penghujung Jalan: Pos Pluk."
Post a Comment