Program sehari ini telah di adakan sehubungan dengan matlamat untuk mendedahkan kegiatan dan fungsi RELA dalam membantu rakyat baik dari segi pencegahan jenayah, pengawalan PATI, bantuan kecemasan bencana serta lain-lain fungsi seperti yang termaktub dalam kerangka pembentukan RELA yang di letakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri ini.
Manakala Gabungan Anak-anak Cemara yang sentiasa aktif di bawah kelolaaan Cikgu Daud yang juga Pengerusi JKKKP Kampung Chemara telah bergabung tenaga dengan RELA Daerah Sik yang di Ketuai oleh Encik Tahir telah mengadakan program kesedaran masyarakat mengenai fungsi RELA dan acara-acara sampingan lain dan ini bukanlah kali pertama mereka bergabung untuk mengadakan program-program setempat dan tempatan, malah telah beberapa kali mereka mengadakan aktiviti-aktivit sebegini.
Saya cukup bangga dengan inisiatif mereka dan berharap program-program yang sebegini turut di contohi oleh pengerusi-pengerusi JKKKP atau setidak-tidaknya membuat program-program mendekati masyarakat secara gabungan antara beberapa JKKKP berjiran. Sentuhan berterusan begini dengan masyarakat setempat akan memberikan impak yang positif terhadapa pemahaman rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan oleh pelbagai agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.
0 comments on "Merasmikan Majlis Penutupan Program Anak-anak Chemara Bersama Rela"
Post a Comment