Setelah di panggil bermesyuarat di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang minggu saya balik kekawasan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh. Saya mohon maaf kepada rakyat Sik dan dari luar yang mengunjungi Klinik Rakyat pada Khamis yang lalu tetapi tidak dapat saya bertemu dengan mereka di Pejabat ADUN. Ini kerana seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya berada di Kuala Lumpur dan Putrajaya juga atas urusan sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua UMNO Bahagian Sik.
Cuti hujung minggu di sana membolehkan saya pulang sebentar untuk menjenguk sebelum sekali lagi terpaksa bergegas kembali ke Kuala Lumpur atas arahan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang mengadakan satu lagi mesyuarat khas dengan UMNO Pusat pada Ahad, malam dan sekali lagi pada Isnin pagi. Kerana kesuntukan masa pada kali ini saya hanya berkesempatan untuk hadir tiga kenduri pada hari Sabtu dan satu pada hari Ahad. Sekali lagi saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, rakyat Sik dan ahli keluarga yang menjemput saya ke majlis perkahwinan yang mereka anjurkan.
Ketika tiba di rumah Abang Mi, Pengerusi JKKKP Pekan Sik, cuaca cerah dan tetamu-tetamu masih ramai. Saya bertemu dahulu dengan beberapa orang tetamu yang berada di khemah menunggu dan khemah makan sebelum menjamah nasi minyak yang di sediakan tuan rumah yabng telah melangsungkan perkahwinan anaknya.
Ketika sedang menjamah, hujan turun dengan amat lebat sehinggakan pandangan menjadi cukup terhad dan saya ter'perangkap' di situ agak lama. Tetapi kerana ada beberapa orang rakan-rakan lagi yang turut tidak dapat meninggalkan majlis kami berbual-bual mengenai beberapa perkara berkaitan dengan Sik dan rakyatnya. Jika pada awalnya saya merancang untuk singgah kebeberapa buah rumah lagi untuk menghadiri majlis perkahwinan yang mereka jemput, akhirnya terpaksa saya batalkan kerana perlu ke Kuala Lumpur dengan segera.
Ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur Sik telah dinaiki air bah lagi di beberapa tempat. Saya sempat berbincang dengan Ketua Polis Daerah Sik, Komandan JPAM Daerah Sik, AJK UMNO Bahagian Sik serta JKKKP kampung-kampung yang terlibat melalui telefon untuk menyelaraskan bentuk bantuan, samaada bantuan kecemasan utk berpindah jika perlu dan juga sumbangan makanan untuk mereka yang terperangkap di kampung masing-masing. Saya ingin menasihatkan kepada penduduk-penduduk yang terlibat dengan banjir ini sekali lagi supaya membuat lapuran polis di atas kerosakan harta benda mereka dan kemudiannya mendaftar me;a;aui JKKKP atau Pejabat DUN atau Pejabat UMNO atau Penyelaras DUN. Sebanyak 60buah rumah di fahamkan telah terlibat dengan banjir pada kali ini sehingga berita ini di siarkan.
0 comments on "Kenduri Rumah Abg Mi, Pekan Sik"
Post a Comment