Kemudian dari itu, saya ke Kampung Durian Burung untuk singgah ke rumah yang baru di siapkan beberapa bulan yang lepas di bawah skim PPRT yang di beri secara percuma oleh Kerajaan Persekutuan yang di kuasai oleh parti Barisan Nasional kepada seorang warga emas, iaitu nenek Halimah Puteh yang telah berusia 80 tahun.
Berbual dengan Nenek Halimah cukup meneronokkan kerana saya
dapat kembali mendengar lenggok percakapan Sik klasik yang sudah
lama hilang dari pendengaran....mane nhek caghey dey!!!
Walaupun telah berusia 80 tahun, dia masih sihat dan ingatannya masih kuat. Malah matanya juga masih terang tanpa kacamata. Membaca AlQur'an dan memasukkan benang dalam jarum untuk menjahit kain tidak langsung menjadi masaalah kepada beliau. Apabila di tanya bagaimana beliau dapat mengekalkan kesihatan nenek Halimah hanya ketawa memperlihatkan giginya yang tersusun rapi dan masih kuat tanpa ada kerosakan. Sehingga kini dia masih boleh mengunyah pinang dan sirih tanpa perlu di gobek. SubhanAllah!
1 comments on "Kenduri Masuk Rumah"
apa kah syarat dan terma utk memohon rumah pprt ni?tq
Post a Comment