SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

05 November 2010

Dari Sik Ke Pos Sungai Berr.

Posted by DetGuaq5 at 12:03 AM

Saya hanya berpeluang menyertai kempen UMNO/BN untuk PRK N45 pada 3hb Nov. 2010, setelah terpaksa berada di Negeri Kedah sebagai persediaan(standby) untuk menghadapi kemungkinan banjir buruk.  Alhamdulillah, sehingga seketika sebelum bertolak, Sik tidak terlibat dengan bencana banjir dan atas sebab itulah saya mengambil keputusan untuk turut hadir dan berkempen bersama-sama kontinjen BPUNK yang telahpun berada di sana semenjak 24/10/2010.


Sepanjang Lebuhraya PLUS, saya masih lagi dapat
berhubungan dengan sahabat-sahabat Facebook.

Menghampiri Tol Simpang Pulai

Antara Pos atau perkampungan Orang Asal yang mula-mula 
kami tempuhi sebaik sampai di Lojing.

Saya bertolak dari Kedah pada pukul 12.00 tengahari dan tiba di pusat gerakan UMNO Kedah pada pukul 4.30ptg.  Sampai di Pusat Gerakan BPUNK yang turut di tugaskan bersama-sama dengan UMNO bahagian Pengkalan Chepa, COO BPUNK Dato Paduka Md Rozai Safian, SUK BPUNK Dato' Othman Aziz, SUK BN, Dato' Ariffin Man dan rakan-rakan lain turut berada di situ, iaitu di Pos Hundrop yang berdekatan dengan Pos Koa Rek Rek.  Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke tempat di mana UMNO Bahagian Sik di tugaskan, iaitu Pos Pluk.  Sebelum tiba di Pos Pluk, kenderaan saya dengan di temani oleh sebuah kenderaan lagi yang telah biasa dan mahir dengan tempat yang hendak di tuju dari UMNO Pengkalan Chepa.  Pemilik kenderaan berkenaan bernama Pak Leh.

 Di sini gelombang isyarat telepon sudah seperti
biskut chipsmore....














Ketika bertolak, jam sudah menunujukkan pukul 5.45 ptg.  Perjalanan kira-kira hanya 20km, tetapi mengambil masa selama sejam!  Saya mengambil peluang untuk memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda milik sahabat saya, Malik.  Terima kasih atas sumbangan beliau.  Perjalanan?  Sungguh mencabar!










 Air Sungai Berok yang kuning......




 Pos Hendrop

1 comments on "Dari Sik Ke Pos Sungai Berr."

Pakteh on November 5, 2010 at 3:52 PM said...

Tahniah kerana Pos Sg Ber antara yang tertinggi keluar mengundi dan kebanyakkannya memilih UMNO/BN

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez