SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

11 November 2010

Kunjung kasih ke Kampung Tua, Sik

Posted by DetGuaq7 at 3:03 AM
Selepas majlis perjumpaan dengan JKKKP Parlimen Sik, saya di ajak oleh Pengerusi JKKKP kampung Tua yang saya panggil Pak Chaq untuk melawat seorang warga tua yang kini tinggal seorang diri.  Pakcik Hamid Awang yang kini berusia 56 tahun bukan sahaja tinggal sebatang kara, tetapi juga sudah tidak kuat lagi untuk bekerja.  Manakala rumahnya juga sudah bocor atapnya.  Di sebabkan bocor, kayu-kayu dan juga papan dinding rumahnya juga mulai reput.  Nampaknya bantuan JKM sebanyak RM80.00 sebulan yang beliau terima kini tidak lagi mencukupi dan perlukan tambahan.



Kerana tidak mampu untuk membeli gas, beliau kini
memilih untuk memasak dengan menggunakan kayu api.

Hampir keseluruhan bumbung pisang sesikat ini perlu di ganti.



Beginilah keadaan pinggan mangkuk yang tiada perabut
untuk di letak.




Saya akan mengajukan masaalah Pakcik Hamid ini kepada pihak JKM dan berharap kes beliau akan di kaji semula.

0 comments on "Kunjung kasih ke Kampung Tua, Sik"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez