SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

11 May 2010

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU

Posted by Detguaq at 11:38 AM


Gambar(Atas dan Bawah) nenek ini sudah lama bergerak menggunakan
'Hands Truck'


Beliau tinggal di Kampong Sri Belukar Mukim Teloi, Sik
Nenek Midah Ismail yang berusia 77 tahun ini kini
dapat bergerak dengan lebih selesa menggunakan 
kerusi roda.

Mungin kegembiraan di dalam hatinya tidak terluah melalui
kata-kata, tetapi raut wajahnya jernih sejernih air
yang mengalir dari puncak bukit dan mengalir kebawah
untuk di manfaati oleh setiap makhluk.

Selepas melawat nenek Midah saya meninjau ke rumah jirannya
yang agak daif dan perlukan bumbung baru untuk mengatasi
kebocoran terutamanya dalam musim hujan.


Saya seterusnya melawat seorang anak lelaki (35 tahun) kepada AJK Bahagian Sik
Ustaz Shafie Saad yang sejak lahir lagi sudah mengalami kecacatan




Pada sebelah malamnya pula bertempat di rumah salah seorang rakan, kami bertemu secara santai selepas solat Isya dengan pelbagai lapisan rakyat untuk mendengar setiap luahan dan pandangan serta nasihat-nasihat serta maklumat-maklumat yang perlu di beri perhatian dan tindakan serta susulan. Nasihat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak semasa di Hulu Selangor tempoh hari saya jadikan azimat untuk terus mendampingi rakyat Sik, dimana beliau berkata, "Kita perlu DENGAR DENYUT NADI RAKYAT dalam berkhidmat kepada mereka".

0 comments on "AKTIVITI SEPANJANG MINGGU"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez