SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

04 May 2010

MAJLIS SUMBANGAN INPUT PERTANIAN KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

Posted by Detguaq at 11:10 AM


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan ras syukur saya kepada Allah, kerana telah memperkenankan usaha saya dalam memohon bantuan dari pihak Lembaga Getah Malaysia kepada pekebun-pekebun kecil getah Mukim Sok, Sik.  Kepada LGM, saya ucapkan terima kasih. Namun begitu usaha yang sama juga telah di cadangkan kepada LGM untuk mukim-mukim lain dalam daerah Sik dan ia bergantung kepada kelulusan Kementerian jika terdapat peruntukan.

Sejurus tiba dari Janda Baik Pahang, tanpa singgah kerumah saya terus menemui rakyat Sik kerana hampir 4 hari tidak bertemu mereka sudah tentu terdapat banyak isu-isu baru dan beberapa masalah baru timbul, begitu juga dengan beberapa isu lama dan masaalah sebelum ini yang masih belum dapat saya selesaikan, yang kana saya usaha untuk selesaikan.

Sebelum ke Janda Baik, saya telah di maklumkan oleh pegawai di LGM, permohonan yang saya buat melalui LGM untuk mendapatkan bantuan baja dan racun telah di luluskan dan mereka bersedia untuk turun ke Sik bersama-sama saya untuk menyampaikan bantuan berkenaan.  Saya mencadangkan tarikh pada hari ini(03/05/2010) iaitu sebaik sahaja urusan saya di Janda baik selesai.

Sengaja pihak saya memilih untuk mengadakan majlis penyerahan ini di dalam kebun getah sebagai signifikan kepada tujuan majlis berkenaan di adakan.  Ternyata para pekebun amat tertarik dengan pendekatan ini berbanding jika majlis ini di adakan di tempat-tempat lain seperti di dewan-dewan atau dalam bangunan.  Suasana majlis terasa amat dekat di hati kami-kami yang hadir, baik yang menerima mahupun yang memberi.



Pihak LGM telah di wakili oleh En. Samshul Mohd Tan(wakil Pengrah LGM) dan En MdZain Hassan(Pen. PegawaiPenyelidik).  Sebelum segmen penyampaian input-input berkenaan, mereka telah di beri taklimat dan penerangan mengenai input-input berkenaan oleh kedua-dua pegawai dari LGM berkenaan.

0 comments on "MAJLIS SUMBANGAN INPUT PERTANIAN KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez