SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

20 March 2010

SEKITAR PROGRAM JELAJAH KAMPONG(WALK ABOUT)

Posted by Detguaq at 4:37 AM 0 comments
































15 March 2010

CUTI SEKOLAH MUSIM KENDURI KAHWIN

Posted by Detguaq at 11:45 AM 0 comments
Setiapkali menjelangnya musim cuti persekolahan tidak kiralah samada di awal penggal, pertengahan mahupun penghujung, setiap pasangan yang merancang sudah tentu mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis pertunangan, berijab kabul dan kenduri kendara.





Hari 13/03/2010 yang merupakan hari ke dua cuti, iaitu hari Sabtu, selepas bergaul dengan penggiat, pemain dan pencinta sepakraga tuju saya teruskan aktiviti dengan menghadiri kenduri kendara di sekitar Parlimen Sik tidak kira apa idiologi partinya.





Walaupun nampaknya seperti sekadar pergi makan-makan, tetapi di situlah juga peluang untuk samada rakyat bertemu dan mengadu terus kepada saya masaalah mereka ataupun saya pergi untuk meninjau dan mengatasi masaalah secara terus.





Berkunjung sebagai memenuhi jemputan kepada tuanrumah yang mengadakan kenduri selalunya boleh terlajak sehingga ke malam apabila jemputan adakalanya sehingga melebihi 10 jemputan sehari.  Ini bukanlah masaalah kepada saya, malah saya berasa amat berbesar hati sekiranya dapat memenuhi undangan dari mereka.







dan kali ini langkah saya di iringi dengan bekalan elektrik yang terputus menyebabkan saya ber 'candle light dinner' bersama dengan tuan rumah.  Alhamdulillah, selepas setengah jam saya menalipon pihak TNB Sik, bekalan telah dapat dipulihkan dan rumah beliau dan rumah-rumah lain yang berhampiran juga kembali bercahaya......

RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG NAMEK TUA

Posted by Detguaq at 10:25 AM 1 comments

Sebaik sahaja selesai menghadiri majlis di IKM saya terus bergegas ke Kampung Namek Tua kerana di maklumkan telah berlaku satu kebakaran ke atas sebuah rumah yang mana tuan punya rumah tersebut tiada kerana berurusan di Kelantan.  Ketibaan saya hanya sempat di sambut oleh puing-puing yang masih berbara dan sekeping Bunting 1Malaysia yang terselamat dari di jilat api.






Mohamad Faisol berada di kelantan ketika rumahnya di lahap api.  Hasil dari siasatan awal oleh pihak Bomba, di dapati puncanya ialah berlaku kebocoran terhadap balutan wayar sehingga menyebabkan berlakunya lintar pintas dan keadaan musim kemarau yang masih berlaku memangkinkan kebakaran dengan lebih cepat.  Tambahan pula rumah pusaka ini 80% adalah dari bahan kayu.





Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez