SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

09 May 2010

Denyut Nadi Rakyat Perlu di Dengar

Posted by Detguaq at 12:38 PM 0 comments
Denyut Nadi Rakyat Perlu di Dengar tidak kira bila.  Selagi ada aduan, insyaAllah jika di dalam kawasan, saya akan segera saya tuju ke tempat yang di tunggu.  Selepas meninjau beberapa rumah di siangnya, dan beberapa program baik yang di laksanakan oleh jabatan-jabatan Persekutuan, mahupun yang di kelolalkan sendiri oleh orang kampung malam ini saya meluangkan masas untuk mendengar rintihan orang-orang kampung di Kampung Simpang Tiga Nami, tidak kira siapapun mereka asalkan mahu mereka di dampingi bagi cuba mengatasi masalah sebagai rakyat akan segera saya lakukan.  Ini adalah azam saya sejak menapak kedalam politik.
 Sebelum ke Kampung Simpang Tiga Nami, saya sempat memenuhi
jemputan makan kenduri di Kampung Banggol, iaitu di  rumah Pengerusi JKKKP
Kampung banggol, Pak Teh Mat.








06 May 2010

Pilihan Raya Kecil Sibu Mungkin Saksikan Pertandingan Tiga Penjuru

Posted by Detguaq at 12:44 AM 0 comments

04 Mei, 2010 13:54 PM

SIBU, 4 Mei (Bernama) -- Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini setakat ini nampaknya akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan raya Wong See Meng memberitahu pemberita di sini pada Selasa, setakat ini dua set kertas pencalonan telah diambil, satu oleh seorang wakil calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) manakala satu set lagi diambil oleh calon Bebas.

"Calon DAP Wong Ho Leng yang dipilih oleh pakatan pembangkang Sarawak untuk bertanding masih belum datang ke pejabat saya untuk mengambil kertas pencalonan," katanya.

Terdahulu Wong menghadiri taklimat yang disampaikan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada para pegawai, pilihan raya dan mereka yang terlibat dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil ke-11 sejak pilihan raya umum pada 2008 itu, diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Sibu selama lima penggal Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April di Kuala Lumpur akibat kanser hati.

Sementara itu, Wong berkata sebanyak 45 pusat pengundian akan diadakan dengan yang terkecil di SJK(C) Kai Nang di Ensurai dengan 143 pengundi berdaftar.

"Pusat pengundian terbesar ialah di Tadika Taman Rajang dekat sini dengan kira-kira 3,484 pengundi berdaftar.

Pusat pengundian paling jauh ialah SK Sungai Rasau, kira-kira sejam setengah perjalanan menaiki bot panjang yang mempunyai kira-kira 300 pengundi berdaftar," katanya.

Wong berkata pusat penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah Sibu.

Kerusi Palimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos.

Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).

-- BERNAMA

04 May 2010

MAJLIS SUMBANGAN INPUT PERTANIAN KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH

Posted by Detguaq at 11:10 AM 0 comments


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan ras syukur saya kepada Allah, kerana telah memperkenankan usaha saya dalam memohon bantuan dari pihak Lembaga Getah Malaysia kepada pekebun-pekebun kecil getah Mukim Sok, Sik.  Kepada LGM, saya ucapkan terima kasih. Namun begitu usaha yang sama juga telah di cadangkan kepada LGM untuk mukim-mukim lain dalam daerah Sik dan ia bergantung kepada kelulusan Kementerian jika terdapat peruntukan.

Sejurus tiba dari Janda Baik Pahang, tanpa singgah kerumah saya terus menemui rakyat Sik kerana hampir 4 hari tidak bertemu mereka sudah tentu terdapat banyak isu-isu baru dan beberapa masalah baru timbul, begitu juga dengan beberapa isu lama dan masaalah sebelum ini yang masih belum dapat saya selesaikan, yang kana saya usaha untuk selesaikan.

Sebelum ke Janda Baik, saya telah di maklumkan oleh pegawai di LGM, permohonan yang saya buat melalui LGM untuk mendapatkan bantuan baja dan racun telah di luluskan dan mereka bersedia untuk turun ke Sik bersama-sama saya untuk menyampaikan bantuan berkenaan.  Saya mencadangkan tarikh pada hari ini(03/05/2010) iaitu sebaik sahaja urusan saya di Janda baik selesai.

Sengaja pihak saya memilih untuk mengadakan majlis penyerahan ini di dalam kebun getah sebagai signifikan kepada tujuan majlis berkenaan di adakan.  Ternyata para pekebun amat tertarik dengan pendekatan ini berbanding jika majlis ini di adakan di tempat-tempat lain seperti di dewan-dewan atau dalam bangunan.  Suasana majlis terasa amat dekat di hati kami-kami yang hadir, baik yang menerima mahupun yang memberi.



Pihak LGM telah di wakili oleh En. Samshul Mohd Tan(wakil Pengrah LGM) dan En MdZain Hassan(Pen. PegawaiPenyelidik).  Sebelum segmen penyampaian input-input berkenaan, mereka telah di beri taklimat dan penerangan mengenai input-input berkenaan oleh kedua-dua pegawai dari LGM berkenaan.

02 May 2010

Masyuarat Mingguan AJK Bahagian

Posted by Detguaq at 11:54 AM 0 comments
01/05/2010
Setelah padat di siangnya dengan beberapa siri program di beberapa tempat, pada malamnya pula saya telah mengadakan satu mesyuarat dengan AJK Bahagian untuk mengetahui aktiviti-aktiviti setiap biro-biro.  Walauun rutin ,ini adalah penting bagi saya dan UMNO Bahagian Sik untuk sentiasa mengukur pergerakan setiap pemimipin yang menerajui UMNO Bahagian Sik.  Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Nain Ketua Bahagian, Encik Safardin Tan Sri Abu Hanifah.



Turut hadir ialah Tuan Setiausaha, Bendahari Ketua Wanita dan seluruh AJK UMNO Bahagian.

01 May 2010

PERTANDINGAN KEMAHIRAN PUSTIKA ANTARA INSTITUSI

Posted by Detguaq at 1:08 AM 0 comments

PERTANDINGAN KEMAHIRAN PUSTIKA ANTARA INSTITUSI KALI KE 2, 2010.

Pertandingan ini telah di adakan pada 28 hingga 29 April 2010 yang lalu bertempat di PUSTIKA. Kem Rimba T^aqwa, Sik kedah.  Ianya telah di rasmikan oleh YB Dato' Paduka Ahmad Bashah bin Md Hanipah selaku Pengersui KEDA.


Dato' Paduka Ahmad Bashah sedang menekan butang perasmian sebagai
gimik pelancaran dan perasmian pertandingan.  Turut menyaksikan ialah 
Pengurus Besar KEDA, En. Mohd Arpan Shari dan Pengetua
PUSTIKA, En. nain Abdullah.


Pertandingan ini bertujuan untuk melihat potensi-potensi pelatih-pelatih serta dapat mencungkil kebolehan mereka setelah mereka begitu lama belajar ilmu kemahiran dan berada di semester akhir kursus. Ia terbuka kepada seluruh institusi-institusi kemahiran yang ada di Malaysia dengan bersyarat, iaitu peserta-peserta yang ining menyertai pertandingan kali ini tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan kemahiran sebelum ini.

Dato' Paduka sedang menerima cenderahati dari Pengurus Besar KEDA.














Tetamu-tetamu khas sedang di bawa melihat ke tempat-tempat pertandingan
di jalankan

  Pertandingan selama dua hari itu di rasmikan penutupnya oleh saya pada keesokan harinya.









Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez