SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

08 April 2010

MENZIARAHI KEMATIAN DI KAMPUNG PINANG, BELANTEK.

Posted by Detguaq at 1:01 PM 0 comments
Sebaik sahaja selepas merasmikan Mesyuarat PIBG di SK Padang Chicak, Jeneri, saya ke Utara Dun Belantik untuk menziarahi kematian salah seorang penduduk di Kampung Pinang.  Semasa tiba waris masih lagi menguruskan jenazah untuk di sempurnakan.  Saya juga turut berada di kawasan kubur untuk melihat penggali kubur berhempas pulas untuk menyiapkan liang kubur. Di fahamkan bahawa jenazah akan di semadikan pada pukul 10 malam 08/04/2010.  Segala persiapan seperti kain kapan adalah sumbangan Ahli Dewan Undangan Belantek.




Saya sempat menyulam lawatan dengan melawat orang tua
yang sakit.  Dan ini bukanlah kali pertama saya melawat
mereka.



Kini pasangan ini mendapat bantuan elaun bulanan dari
Jabatan Kebajikan dalam skim BOT.



 Liang yang hampir siap di gali


Di Kampung Charuk Senduk, terdapat satu keluarga yang perlu di bantu sementara.  Sebenarnya permohonan mereka untuk mendapatkan sebuah rumah dari skim PPRT sedang dalam proses dan di maklumkan bahawa ianya pada peringkat kelulusan.  Untuk sementara pihak saya telah memberi bantuan atap zing untuk melindungi pondok sementara mereka sebelum mereka dapat berpindah ke rumah yang lebih selesa.



Sempat melawat ke sebuah rumah PPRT yang telah siap di kampung berkenaan, tetapi penilik rumah ini tiada di rumah.

Sebenarnya saya telah singgah ke rumah ini untuk melawat se pesakit yang juga isteri kepada Imam Masjid Gulau tetapi di maklumkan bahawa beliau telah di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

MAJLIS DIALOG DENGAN AHLI UMNO CAWANGAN KOTA AUR

Posted by Detguaq at 11:03 AM 0 comments











**Mencari Kejernihan......

PERASMIAN MESYUARAT PIBG KALI KE 34, SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHICAK

Posted by Detguaq at 8:39 AM 0 comments

07/04/2010
Pada sebelah petang hari ini, saya telah di jemput untuk merasmikan mesyuarat PIBG Sek Keb Padang Chicak, mukim Jeneri untuk kali yang ke 34.










POKOK TUMBANG DI DURIAN BURONG(SIK)

Posted by Detguaq at 4:18 AM 0 comments


Sebatang pokok yang agak besar telah tumbang menghempap jalanraya yang menghubongkan Belantek dan Pekan Sik.  ianya berlaku berhampiran Kampung Durian Burong yang terletak kira-kira 10km dari Pekan Sik.



07 April 2010

Mukhriz Sangsi Projek Mega Kerajaan Kedah Di Yan

Posted by Detguaq at 1:57 AM 0 comments

06 April, 2010 14:53 PM
Oleh Zainal Abdul Jalil

SINTOK, 6 April (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sangsi dengan projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) di Yan yang membabitkan pelaburan sebanyak RM35 bilion (AS$10 bilion) yang dicanangkan kerajaan Kedah.

Beliau berkata kerajaan pusat tidak melihat SULIHH dapat direalisasikan kerana perbincangan yang menjurus ke arah itu antara kerajaan Kedah dan MITI tidak pernah berlaku.

"Sebarang projek yang dianggap besar atau mega di peringkat negeri sudah tentu membabitkan MITI atau agensinya, MIDA (Lembaga Kemajuan Pelaburan) supaya keputusan pelaksanaannya berjalan lancar," katanya dalam interbiu eksklusif dengan Bernama di sini.

Mukhriz yang juga anggota Parlimen Jerlun ditemui Bernama selepas merasmikan majlis makan malam Dewan Penginapan Pelajar Kolej EON Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, Isnin malam.

SULIHH ialah projek penapisan minyak di kawasan laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan. Minyak mentah dari Timur Tengah akan diimport dan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji tersebut siap.

Kerajaan Kedah menyasarkan meraih RM400 juta setahun dalam bentuk cukai dari projek itu yang dijadualkan siap pada 2014 mengikut perancangan awal selain menawarkan pekerjaan kepada 30,000 orang.

Majlis pecah tanah projek itu dijadualkan Oktober tahun lepas, tertangguh beberapa kali kerana laporan kesan terhadap alam sekitar (EIA) yang dikemukakan pelabur kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak lengkap.

Terbaru, pada Rabu lepas, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu pemberita majlis pecah tanah projek itu yang kali terakhir ditetapkan bulan lepas ditunda pada akhir tahun dan bermakna tempoh siap dijangka pada 2015.

Alasan beliau ialah laporan EIA terbaru yang dikemukakan pelabur sekali lagi ditolak JAS selain satu dari tiga pelabur asing -- Hong Kong Beijing Star Ltd., Winson Investment Ltd. dan SK Engineering and Construction Ltd. dari Korea, menarik diri.

Dua syarikat tempatan yang menjadi tunjang projek tersebut ialah Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd dan Hijjaz Refinery Sdn Bhd, dikatakan menjana modal pelaburan luar untuk melaksanakannya.

Mukhriz berkata perkembangan ini menambah kesangsian beliau kerana apa saja projek mega yang dirancang atau dilaksanakan kerajaan negeri tentu diketahuinya tetapi projek ini tiada langsung dalam senarai MITI.

MIDA biasanya akan terlibat secara langsung dengan sebarang projek besar sama ada diperoleh atas inisiatif kerajaan negeri atau pusat, katanya.

"MITI sentiasa mempromosi seluruh negara dalam misi menarik pelaburan asing dan kerajaan pusat tidak pilih kasih atau membezakan negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang," katanya.

Menurut Mukhriz apa jua projek yang dianggap mega mesti ada perancangan di peringkat nasional kerana ia memberi kesan secara langsung kepada negara dan penting bagi memastikan ia dijayakan sebaik mungkin.

"Saya gembira sekiranya kerajaan Kedah berjaya merealisasikan projek ini tetapi untuk membuat andaian perancangan pembangunan negeri disandar pada punca yang belum pasti hanya mampu mengaburi rakyat.

Kerajaan pusat sendiri tidak akan mengumumkan sebarang projek yang belum tentu boleh dilaksanakan atau membuat janji yang tidak boleh penuhi," kata Mukhriz yang menyifatkan SULIHH sebagai janji mustahil.

"Saya tidak mahu mempolitikkan isu ini supaya tidak wujud persepsi negatif kerana MITI sentiasa bersedia membantu negeri yang ada idea yang dapat melonjak ekonomi negeri atau negara," tambahnya.

Beliau berkata mana-mana pelabur asing yang hendak melabur akan melihat suasana politik negara, pembangunan ekonomi, kemampuan membekalkan tenaga berkemahiran tinggi selain mereka akan meminta pelbagai insentif dari kerajaan pusat.

Beliau menambah kerajaan negeri yang membuat promosi menarik pelaburan asing wajar memaklumkan kepada agensi pusat iaitu MIDA supaya ada koordinasi kerana agensi itu yang akan memberi khidmat penyelarasan.

Sehubungan itu, Mukhriz memberi jaminan MITI bersedia kerjasama dengan kerajaan Kedah dan mengatasi sebarang kemusykilan kerana antara KPI kementerian adalah memastikan pelaburan asing yang masuk ke negara ini meningkat tinggi.



-- BERNAMA

06 April 2010

BANTAHAN TIDAK DI ENDAH

Posted by Detguaq at 8:49 AM 0 comments

Walaupun beberapa kali bantahan di buat sejak dari tahun lepas lagi, tetapi umpama menabur garam kelaut, operasi menyedut pasir secara rakus terus berjalan seperti biasa.  Walaupun runtuhan tebing sungai telah berlaku dan terus berlaku sehingga membahayakan penduduk yang rumahnya berhampiran tebing, ianya bukanlah kudis kepada pengusaha kuari pasir berkenaan.

Beberapa kali penduduk memprotes agar permit terhadap operasi berkenaan di tarik balik, nampaknya ianya belum menampakkan permit berkenaan di batalkan.  Mungkin hanya akan di batalkan bila sudah ada rumah yang melurut ke sungai akibat tebingnya runtuh dan bila ada jiwa yang terkorban akibat di timbus tanah tebing yang  runtuh..

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez