SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

SLKPS 15

Tarikh 31/01/2010 saya meneruskan tugasan saya sebagai wakil rakyat DUN Belantek dan juga Ketua Bahagian UMNO Sik dengan melawat ke tujuh buah kampong di sekitar Sik....

AMK SIK LEBUR!!!

Hari Jumaat, 4hb Februari 2010 ini adalah merupakan detik bersejarah lagi bermakna kepada seluruh rakyat Sik dan khasnya anak-anak muda Sik yang kini telah mula sedar bahawa amat berbahaya sekali mempergadaikan politik dan perjuangannya kepada tangan yang salah. ....

PERTEMUAN DENGAN NCER

Usaha untuk menjadikan Daerah Sik sebagai salah satu Hub Pertanian utama di Utara....

PANTAS BERTINDAK

SIK 29 Jan. - Kesedihan seorang ibu dan tiga anak yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran angkara dibakar suaminya di Kampung Hujung Bandar, dekat sini semalam, mulai terubat....

PUSAT ADUAN RAKYAT SIK

Selepas menyelesaikan kes rumah yang dibakar di Kampung Hujung Bandar saya bergegas kembali kePusat Aduan Rakyat....

29 June 2011

Merasmikan Majlis Penutup Program 1Malaysia Iron Community Challange 2011 di Bendang Man

Posted by Anonymous at 6:55 PM 0 comments
29/06/2011

Program ini telah diadakan selama 3 hari dan berakhir pada hari ini, 29/06/2011. Ia adalah anjuran KPTM bahagian politeknik dan kolej komuniti dengan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah menjadi urusetianya dengan kerjasama penuh dari seluruh penduduk Kampung Bendang Man dan Kampung KEDA Bendang Man.

Hampir 150 orang pelajar terbabit dan sebanyak 40 buah keluarga  terlibat sebagai keluarga angkat dalam program keluarga angkat dimana para pelajarnya adalah terdiri dari pelbagai bangsa termasuk etnik-etnik tertentu dari Sabahdan Serawak.

Semuga mereka terus menjalinkan hubungan mesradengan keluarga amngkat masing-masing sehingga bila-bila dan dapat belajar sesuatu tentang sosiobudaya penduduk Sik.


Melihat kepada suasana riang dan perasaan yang aman damai, apakah cara hidup ini tidak cukup kepada rakyat sehinggakan ada yang sanggup  menggadai kepada masa depan yang tidak menentu asal sahaja maksud busuk mereka terlaksana dan nasib tidak menentu rakyat akhirnya tiada berpenghujung seperti dibeberapa negara tertentu yang membiarkan campurtangan asing dalam mencorakkan politik dan kehidupan rakyatnya.








































28 June 2011

Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis

Posted by DETGUAQ at 11:46 PM 0 comments

Aktivis PSM cuba hidupkan fahaman komunis

26/06/2011 4:20pm

KEPALA BATAS 26 Jun — Siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Beliau berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).
"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di sini, katanya.
"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara,” katanya mengenai penahanan 31 aktivis PSM yang diketuai Anggota Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj semalam. - Bernama

26 June 2011

Muhyiddin akan rasmi Pameran Antarabangsa Bio di Washington

Posted by DETGUAQ at 11:48 PM 0 comments

Muhyiddin akan rasmi Pameran Antarabangsa Bio di Washington

26/06/2011 1:46pm

WASHINGTON 26 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan merasmikan pameran Konvensyen Antarabangsa Bio 2011, perhimpunan terbesar sedunia mengenai bioteknologi di sini minggu depan.
Pameran tersebut akan berlangsung pada Selasa di Pusat Konvensyen Walter E Washington sempena lawatan kerja empat hari Timbalan Perdana Menteri ke ibu negara Amerika Syarikat ini bermula Ahad.
Muhyiddin yang dijangka tiba di sini Ahad akan menyampaikan ucapan pembukaan dan melakukan acara memotong reben pada pameran tersebut.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, ia merupakan penghormatan kepada Malaysia kerana Muhyiddin diberi penghormatan untuk merasmikan pameran berkenaan bersama orang kenamaan lain.
"Ini satu keistimewaan kerana ini bukan kali pertama kita menyertai (persidangan) BIO ini. Apabila kita dijemput untuk merasmikan pameran ini bersama tokoh-tokoh lain, ini adalah pengiktirafan dunia dan juga Amerika Syarikat bahawa Malaysia serius menceburi bidang bioteknologi ini,” katanya. - Bernama

Najib cabar pembangkang supaya jadi anak jantan

Posted by DETGUAQ at 11:44 PM 0 comments

Najib cabar pembangkang supaya jadi anak jantan

26/06/2011 1:27pm

KUALA LUMPUR 26 - Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pihak pembangkang supaya bertindak berani ibarat 'anak jantan' dengan menghadapi proses pilihan raya bagi membuktikan penerimaan sokongan rakyat terhadap mereka.
Perdana Menteri menegaskan, tindakan pembangkang yang berada di belakang perhimpunan haram Bersih 2 adalah satu perbuatan pengecut dalam usaha mereka mendapatkan kuasa melalui keadaan huru-hara.
Katanya, jika Barisan Nasional (BN) benar-benar memanipulasi sistem pilihan raya secara kotor, parti itu tidak akan membiarkan pembangkang menguasai lima negeri seperti pada pilihan raya umum lalu.
"Kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti PPP Ke-58 di sini hari ini. - Utusan

25 June 2011

Jangan sertai perhimpunan Bersih - KPN

Posted by DETGUAQ at 11:42 PM 0 comments

Jangan sertai perhimpunan Bersih - KPN

25/06/2011 6:39pm

KUALA LUMPUR 25 Jun — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar terus mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram pada 9 Julai nanti.
Beliau berkata, orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.
"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini.
"Saya lihat perhimpunan ini boleh mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku,” katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri majlis penutupan program pembangunan kemahiran wanita dan bengkel kelangsungan hidup di bandar raya yang disempurnakan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Menara Yayasan Tun Razak di sini hari ini. — Bernama

Polis terima lebih 1,000 laporan bantah Bersih

Posted by DETGUAQ at 11:41 PM 0 comments

Polis terima lebih 1,000 laporan bantah Bersih

25/06/2011 6:34pm

IPOH 25 Jun — Polis telah menerima sebanyak 1,248 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara membantah perhimpunan haram yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, laporan yang diterima itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan berkenaan kerana mereka bimbang keamanan dan ketenteraman awam terjejas.
Jumlah laporan berkenaan diterima sehingga petang semalam katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.
Khalid berkata, terdapat beberapa kumpulan dikatakan sedang bersiap sedia berhimpun pada tarikh berkenaan.
Beliau menasihati kumpulan-kumpulan yang berlainan ideologi dan pandangan itu dinasihati membatalkan hasrat mereka demi keamanan negara.
Beliau berkata, polis kini sedang menyiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis iaitu percubaan untuk mengadakan perhimpunan haram.
Khalid berkata, polis telah meminta penganjur daripada kumpulan-kumpulan berlainan itu datang ke Bukit Aman minggu depan untuk diambil keterangan dan maklumat.
"Jika mereka gagal hadir, polis akan mengeluarkan waran tangkap,” katanya. — Bernama

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez