SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

20 March 2010

GOTONG ROYONG

Posted by Detguaq at 12:55 PM




Pada 14/03/2010 petang, segala urusan untuk menguruskan bantuan kepada mangsa, Mohd Fisaul Abdul Rahman seperti bantuan sementara bekalan makanan dan pakaian serta sedikit tunai telah samapai ke tangan mangsa.  Manakala urusan permohonan untuk mendapatkan satu unit rumah baru di bawah Skim Perumahan Bantuan Rumah/PBR (PPRT) juga turut di muktamadkan pada hari itu juga oleh saya bersama dengan pegawai dari KEDA, Encik Harun Aziz.  Manakala pegawai dari Jabatan Kebajikan, Cik Aida turut berada di sana atas maklumat dari saya untuk menguruskan kebajikan mangsa.

Dan pada 16/02/2010 tapak rumah yang terbakar telah di bersihkan secara gotong-royong oleh jiran-jiran dengan kerjasama UMNO Bahagian Sik berserta sayap-sayapnya yang terdiri dari Wanita, Pemuda dan Puteri.  Gotong-royong menjadi bertambah ringan apabila ahli-ahli UMNO cawangan Namek Tua turut menggembeling tenaga bagi kerja-kerja membersih dan meratakan tapak rumah yang dalam waktu singkat telah diluluskan permohonannya(TSM).  Terima kasih UMNO!!!





 Bangsal kereta ini di jadikan tempat pemindahan sementara.
Jika di sini mereka makan dan minum, di sini juga saya menjamah 
apa yang mereka jamah.
Kami semua sempat "Menyicah putik pelam" 
sebagai juadah sampingan ala kampung.  
Hanya yang pernah merasai tahu menceritakannya!

INSYAALLAH DALAM 2 BULAN LAGI(DALAM BULAN MEI) SEBUAH RUMAH TIGA BILIK AKAN TERSERGAM DI ATAS TAPAK YANG ASAL.

PELAN PIAWAI PBR-PPRT

GAMBARAN RUMAH CONTOH SEBAGAIMANA
RUMAH YANG AKAN DI DIRIKAN NANTI.

2 comments on "GOTONG ROYONG"

Mosal said...

Salam. Tahniah kepada YB kerana terlibat secara lansung dalam membantu saudara kita akibat kebakaran. Semoga usaha dan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran. Semoga YB terus berusaha untuk menangani dan membantu penduduk di Sik.

kampungboy on March 22, 2010 at 1:29 PM said...

Tahniah kepada YB dan agensi kerajaan yang terlibat atas tindakan segera menyelesaikan masalah mangsa kebakaran di kampung Namek Tua.. Semoga dapat dikekalkan tradisi kerja seperti ini untuk masa akan datang demi merealisasikan slogan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan"..

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez