SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

31 March 2010

ISTERI MANTAN MENTERI BESAR KEDAH MENINGGAL

Posted by Detguaq at 12:55 AM
Innalillahiwa inna illahirroji un.

Isteri Tan Sri Osman Aroff, Datin Sri Azizah telah menginggal dunia sebentar tadi.  Dalam 2 jam lagi mayatnya akan di bawa pulang ke rumah Tan Sri Osman Aroff di Jalan Menteri off Jalan Sultanah, Alor Setar.

Semoga Allah menghimpunkan Allahyarham bersama orang-orang yang Berjaya di Akhirat, InsyaAllah.

Lapuran terperinci akan menyusul.



Dari utusan:

Isteri bekas MB Kedah meninggal dunia

31/03/2010 1:13pm

ALOR SETAR 31 Mac - Isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, Puan Sri Azizah Abdul Hamid, meninggal dunia akibat barah hati di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.
Allahyarhamah Azizah berusia 65 tahun.
Osman berkata, isterinya dimasukkan ke HSB dua bulan lepas selepas mengadu buang air besar berdarah dan doktor mengesahkan arwah mengalami masalah usus dan perlu menjalani pembedahan segera.
"Semasa menerima rawatan di HSB, doktor telah mengesahkan isteri saya dijangkiti barah hati peringkat empat dan rawatan boleh dilakukan selepas luka di tempat pembedahan sembuh,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Osman berkata, Allahyarhamah turut menghidap penyakit kencing manis.
"Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultanah kira-kira pukul 1.30 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kelubi, Jitra selepas Zohor,” katanya.
Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu Jeffril, Rizal, Ileana dan Adzmin.
Osman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang keenam pada 28 Januari 1985, menggantikan Datuk Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin yang meletak jawatan Menteri Besar Kedah pada 24 Januari 1985. - Bernama

0 comments on "ISTERI MANTAN MENTERI BESAR KEDAH MENINGGAL"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez