SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55
JANJI DITEPATI

AIDIL FITRI 2012

AIDIL FITRI 2012
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

26 November 2010

Baha Dalam Kenangan

Posted by DetGuaq7 at 12:33 AM

Pada 22/11/2010 yang lepas, saya sempat melawat Encik Baharudin Dollah yang terlantar koma di Kampung Bandar Hilir, Teloi Tua.  Beliau telahpun terlantar selama setahun lapan bulan selepas pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di dalam otak beliau. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Baha dikalangan rakan-rakan dahulunya bekerja sebagai pekerja pembalakan sehinggalah apabila beliau hilang upaya di akibatkan darah beku di dalam otak beliau.
 Ketika tiba di rumah beliau, waktu Maghrib sudahpun masuk dan saya terus menunaikan sembahyang Maghrib di rumah beliau.  Manakala anak-anak beliau serta jiran tetangga tidak putus-putus membaca Al-Qur'an.  Ada yang turut membaca surah Yaasin.  Isteri beliau sentiasa berada di sis beliau untuk melayan Baha yang pada ketika itu tampak sungguh tenat.


Ketika berbual, saya di maklumkan bahawa bantuan oleh JKM baru sahaja di hentikan.,  Terus saya menghubungi pihak JKM Daerah Sik untuk mendapatkan maklumat.  Hasil perbincangan dengan pihak JKM, mereka terus memaklumkan kepada saya agar memberitahu isteri beliau utnuk berjumpa mereka bagi menguruskan bantuan yang akan  di teruskan.
 Ketabahan seorang isteri dalam mengendalikan suami yang terlantar tenat dan anak-anak yang masih perlukan perhatian dari seorang ibu membaut saya terpempan dengan ketenangan yang beliau tunjukkan.  Sikap redha dengan keadaan menyebabkan tiada langsung raut  yang menunjukkan beliau tertekan biarpun secara fizikal dugaan yang beliau terima amat berat jika di nisbahkan dengan seorang wanita.  Semuga Allah memberi yang terbaik kepada mereka sekeluarga.




Cukup terharu saya melihat bapa kepada lima anak yang sedang tenat ini.  Tapi dalam masa yang sama saya juga cukup berbangga kerana anak sulung beliau berjaya menjejaki ke pusat pengajian tinggi iaitu politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra dengan mengambil jurusan Kejuruteraan Awam peringkat sijil.  InsyaAllah dengan ketabahan beliau serta ibu dan adik-adik dalam menghadapi dugaan hidup dari Allah ini ada mempunyai Hikmah oleh Allah.

**********************************************************************************
Saya beredar dari Kampung Bandar Hilir setelah berada lebihkurang sejam di sana.  Terkejut saya apabila menerima berita keesokan paginya bahawa Baha telahpun pergi meninggalkan kehidupan yang fana ini untuk selama-lamanya.  Saya berdoa semuga Allah menempatkan beliau bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.  Kepada isteri beliau terutamanya yang begitu tabah serta anak-anak yang dia tinggalkan untuk selama-lamanya saya harap mereka terus tabah.

0 comments on "Baha Dalam Kenangan"

Post a Comment

Followers

 

YB DATUK MOHD TAJUDIN ABDULLAH Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez